Saturday, December 25, 2010

Speechless


Cuaca hari ini tidak menentu,
Sekejap cerah sekejap mendung,
Bagaikan pemikiranku kini huru-hara tidak menentu,
Semuanya tidak boleh lagi untuk berselindung.

Malam semakin lewat semakin sunyi,
Sunyi sampai boleh dengar pernafasan diri,
Walaupun ditakdirkan pergi orang yang kita sayangi,
Tapi tetap tidak menangis malah kena tabahkan diri.

Perasan kecewa hanya mampu simpan di hati,
Tiada siapa-siapa yang akan disalahi,
Kalau kata hati ini tidak pilu tidak sedih mmg sedang tipu diri sendiri,
Namun apa boleh buat semuanya ditakdir terhadap manusia yang dikasihi.

Nukilan : 26/12/2010 1.08am



Saturday, December 11, 2010

Life = change

Life = change



Good day for everyone...
Life can bring us so much difference of meaning...
Thats I name my blog as 'Meaning of Life'..
What can bring a person life so colorful is not I can say it here..
because everybody have their own life..their own style of life...

After come back from the simple gathering with my hometown friends..
I can felt that the life was changed...
Before that when we go out gather, our topic for sure is about my life..our student life..our uni life..
Now?? All about career...money...and for sure about partner too..
Mostly was about career and money...
I felt that like something wrong...I dunno why..
Like everybody here was chance...
How about me?

Maybe what they have the way of life are not suitable with me..
They choose to be that also for their own good..
Thats why everybody have their own style of life..
Start from next year..i will start to step in the working area..reality society..
I hope that I will be happy with the way of I like and I want..
Maybe they not like me..but the important is we happy and still be friend forever..
Friendship is the most valuable in life..

For those who still dunno how to choose the proper life..
Please thinks it twice ya...
Take care all my friends.. =]

1.02am
12/12/2010

Friday, December 10, 2010

[ Sinar Hidup ]

[ Sinar Hidup ]



Salam bahagia buat semua yang baca blog saya..
Sudah agak lama tuan punya blog membiarkan blog ini bersawang atas alasan tiada inspirasi baru untuk mencoret sesuatu untuk perkongsian dengan semua...

Kini sudah pun kita menjejak kaki ke bulan yang terakhir bagi 2010...
Semestinya perlbagai tugasan @ tanggungjawab sudah pon selesai atau hampir kita selesai...
Tahniah kepada adik2 yang mengambil SPM kerana telah selesai menduduki peperiksaan yang seram bagi mereka..semuanya dah merdeka...huhu
Bagi diri sendiri pula bersyukur sebab telah pun selesai segala pelajaran untuk Ijazah Sarjana Muda (degree) selama 7 semester dan lulus dengan baik..Final result dah dapat..agak bersyukur dapat abes dgn 2nd class upper...

Namun, ke mana pula kita akan pergi...jalan manakah pula akan kita jalan...
Maka 'sinar hidup' itu cukup penting dalam memastikan kita dapat memilih satu jalan yang betul utk kita..
Bukan semua org bernasib baik yang akan mendapat sinar itu...
Sinar itu bermakna mungkin dari panduan dr org lain..nasihat drpd pakar atau rujukan drpd keluarga..
Maka, jika kita ada pastikan kita menghargai peluang itu..
Saya sendiri percaya dengan ada sinar hidup itu pasti jalan kita yang menjadi pilihan pasti akan benar dan membawa masa depan yang cerah untuk kita..

Pernahkah kita fikirkan golongan yang tidak senasib baik mcm kita??
Sebelum pulang cuti ke kampung halaman, sempat lg sya menghadiri program sebagai fasilitator atas jmptn drpd Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabak Bernam..
Program ini dinamakan program perkongsian yang dihadiri org mereka2 iaitu remaja yang telah sesat dalam perjalanan hidup mereka..mereka adalah pesalah yg didenda oleh mahkamah untuk menjalani Perintah Khidmat Sosial atas kesalahan yang mereka lakukan..
Mereka yang hadir semua pernah berada dalam lokap ataupun penjara..usia dlm lingkungan hnya 19 - 23 tahun.. setelah perkongsian demi perkongsian..
Tiada wujud lagi perasaan takut dgn mereka tp prsn kesian yang timbul..

Disebabkan tiada 'sinar hidup' itu..mereka tersalah langkah..
Ingat seseorg hanya ada 2 saat saja untuk diberikan membuat pilihan..
Saat pertama pilih yang baik
Saat kedua pilih yang buruk
Yang mana 1 jadi pilihan terletak pada diri..
Jika ada sinar ada panduan pasti mereka tidak akan berada disitu pada masa kini..
Bertambah sya kagum n terkejut..salah seorg pesalah dengan kesalahan samun walaupun hanya belajar setakat form 3..
TAPI mempunyai bakat menulis novel dalam bahasa inggeris..novel nya telal diterima di luar negara secara online..pulangan agak lumayan dgn dpt beribu2 ringgit bg 1 novel..

Maka, dah panjang lebar aku membebel..
kepad yang membaca..bersyukurlah...bersyukurlah..
selagi kita masih mempunyai sinar hidup itu...
Hargailah..gunakanlah dengan sebaik-baiknya..
Semoga anda akan berjaya dengan ada 'sinar hidup' itu...

Nukilan : 
11.27pm 
10/12/2010

Wednesday, December 1, 2010

[ Presentation PSM 2 (Projek Sarjana Muda) ]

[ Presentation PSM 2 (Projek Sarjana Muda) ]


30.11.2010
Tarikh ini agak istimewa buat diriku...
Hari itu adalah hari terakhir bulan november...
Hari itu adalah hari terakhir waktu belajar aku di uMp...
Hari itu adalah hari terakhir aku berada di uMp pekan..
Hari itulah jugak hari terakhir untuk segala-galanya selesai bagi 7 semester...

waktu presentation

Dalam hari terakhir ini penuh dengan pelbagai perasaan...
marah ada...geram ada..gembira ada..seronok ada...sedih ada...bersyukur pun ada...
marah dan geram disebabkan waktu presentation 'ditembak' tidak berhenti walaupun diri aku mempertahankan diri dan projek aku...
gembira dan seronok tu ada sebab akhirnya dapat jugak dikira aku ni merdeka daripada kuliah..assigment..test..quiz..final exam..dan segala2nya...
sedih ada disebabkan pertemuan bersama kesemua rakan-rakan sudah tiba masa untuk perpisahan..
perpisahan kali ini mungkin akan menjadi kali terakhir untuk berjumpa..
Berharap persahabatan kita berkekalan..ingat keep in touch ya..
Bersyukur pun ada sb akhirnya abes dah study aku ini..hanya tinggal untuk Latihan Industri jer...


saja-saja posing (pacak & me)

Semoga perpisahan ini bakal membawa seribu satu makna kepada semua..
Semoga kesemua bakal mencapai kejayaan dan impian maisng-masing...
Semoga kesemua akan kawen cpt..hak3 jgn lupe jmput plak yer...

Nakilan : 02-12-2010 2.35am

Thursday, November 25, 2010

[ me ]

[ me ]

This entry want to share some photo with all about me from 2006-2010..
you all will look so much difference before and after of me...
hahahahahahaha

2006 ~ me at RTM (Form 6 trip)

2007 ~ me with madam mala (outing when royal debate)

2008 ~ me at sk lepar hilir 3 (motivation)

2009 ~ me with mohamed (eygpt education visit)

2010 ~ me with junior faizal (@ pesta tanglung uMp)

wah....wah....wah...I become more mature...more smart...more educated..more large also...
aiyoyo...after this must need to get some solution to return back the looking of me 4 years ago...
which one u most like?
pls comment and write of your chooicce....
:D

26/11/2010
2.46pm
boring mood ;p

Monday, November 22, 2010

[My special day]

[My special day]



22 Nov 1987
11.22am
Hospital Sungai Petani
Lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Law Kok Sin..
Walaupun hidup bayi ini penuh dengan cabaran...
Hidup yang sangat susah..derita..penuh dengan liku-liku yang tidak dapat dibayangkan..
Namun Bayi lelaki ini tetap tabahkan diri...mengharungi kesemua itu demi masa depan sendiri..
Kini, bayi ini telah pun dewasa..telah pon berusia 23tahun...
Dalam sekelip mata..bayi ini bakal menghabiskan pelajarannya di peringkat Ijazah...
Bakal menjejak kaki ke alam pekerjaan..
Cabaran yang lebih dahsyat lagi bakal ditimpa...

'Meaning of Life' nama blog bayi ini...
Sebab utama adalah ingin berkongsi dengan semua kenalan tentang erti kehidupan bayi ini... Kini pun sudah 23tahun perjalanan..
Kenapa bayi ini asyik mendengar org lain meluahkan mereka hidup dalam keadaan yg tidak gembira..hidup mereka susah..dan sebagainya..
Kalau benar2 ingin dibandingkan bayi ini..jauh.....lagi teruknya...
Maka, bayi ini berharap mereka yang rasa dirinya tidak cukup kasih syg @ tidak ckup bahgia..
lihat2 lah org disekeliling..mungkin kita akan rasa diri itu jauh lebih bahagia lg..

22 Nov 2010
Hari yang cukup istimewa buat diri bayi laki ini...
Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan dalam pelajarannya..
Hari ini juga mendapat wish yg agak ramai..sebanyak 300 wish drpd kenalan..
Hari ini ada kawan2 yg sggp blnja lunch + dinner sbg celebrate birthday...
Hari ini juga adanya kekecewaan yang timbul..
Hari ini juga ada harapannya sendiri...

Kekecewaannya..
rasa sedikit kecewa bila kenalan lama tidak ingat hari ini :P
rasa sedikit kecewa bila de yang rapat xingat jgk hari ini :)
rasa sedikit kecewa bila paper ari ini xbpe lancar... :|
rasa sedikit kecewa bila ada keputusan yang perlu dibuat hari ini.. :]
rasa sedikit kecewa bila hingga tahun ini tetap tak ada kek birthday lg.. =(
hadiah pun sama ler.... =|

Harapan...
Semoga diri ini dapat menghabiskan pelajaran ini dengan baik dan lancar..
Semoga diri ini dapat bersama dengan keluarga tersyg...
Semoga diri ini dapat bersama insan tercinta itu selama-lamanya...
Semoga diri ini dapat terus tabah dalam menjejak kaki dalam dunia pekerjaan...
Semoga diri ini dapat juga teruskan perjuangan dalam misi membantu dgn memberi motivasi...
Semoga diri ini tidak lagi terlalu menyibuk mengambil kisah org lain tp sebaliknya jaga diri terlbih dahulu..
Semoga diri ini jugak dapat senyum-senyum selalu...

Nukilan : 23/11/2010 1.55am

Tuesday, November 9, 2010

[ Hatiku tersenyum ]

[ Hatiku tersenyum ]

inilah gambar yang dimaksudkan...khas utk tatapan semua ;)

Salam bahagia buat kalian...
Dalam hidup kita mengalami kesusahan...kesedihan...kekurangan...
Kita selalu dipesan..Ingat pada Tuhan yang Maha Pencipta..Tuhan yang Maha penyayang...
Sesungguhnya segala-gala yang berlaku dalam hidup kita ini pasti wujud hikmah disebaliknya...

PERCAYALAH.....

Sesungguhnya jugak segala cabaran dan halangan yang diaturkan oleh NYA juga khas untuk kita sebab Tuhan tahu kita ni cekal dan tabah dan mampu untuk menghadapinya dengan baik...
Segala aturan perjalanan hidup pasti akan memberi kesenyuman pada diri kita pada suatu hari nanti...
Segala yang diatur jgak pasti ada pengajaran buat diri kita ini..
Inilah hadiah atau kurniaan Tuhan pada kita...
Jangan pula kita mudah putus asa..jangan pula kita mudah mengeluh...

Itu juga berlaku pada diri ku sendiri..Ku percaya apa yg berlaku pada aku kebelakangan ini pasti akan memberi pengajaran pada aku...
Ku baru dapat belajar sebenarnya dalam hidup kita haruslah kita jangan terlalu beria-ria inginkan sesuatu ataupun jgn kita beria-ria tlgkan sesuatu pd org len..
Sb kekecewaannya pasti akan capai ke kemuncak bila kita tidak mendapatkan apa yg kita inginkan..

Renung-renungkan dan selamat membaca... =]

Ku dikurniakan dengan kegembiraan dan kesyukuran pada Tuhan kerana baru saja tadi menerima satu gambar dalam facebook aku...

Thanks kepada Adik Amirul Naim drpd Sek Rendah Agama Nurul Islam, Ampang.
kerana masih mengingati kami semua yang pernah menjadi pembimbingnya dalam program motivasi yg lepas..
Semoga mendapat kejayaan dalam keputusan upsr khamis ini.. =)

Inilah balasan yang dianugerahkan daripada Tuhan secara cash...hu3

Nukilan : 9/11/10 11.32pm
Mood: Happy & bersyukur

Monday, November 8, 2010

# pedih hati #

# pedih hati #



Inikah hatiku??? adakah hati ku masih begini utk dia???


Walaupun ada luka..walaupun ada cedera pada hati ku...tp cuba ku tampal dgn sebaik-baiknya...


Namun,..ingin tampal hati ini bukan senang..
untuk dia ku sggup lakukan walaupun sehingga menitiskan air mata ku...


Sunday, November 7, 2010

& nobody &

& nobody & 



Nobody...nobody...nobody...
Entry kali ini bukan ku ingin ceritakan berkaitan dgn lagu korea nobody tu...
Namun ada lebih besar erti disebalik perkataan nobody ini..
Ku berfikir panjang..berfikir agak lama..berfikir sampai xlena tidur smlm...
Perlukah ku ceritakan berkaitan dengan nobody ini..
Sebab kadang kala tidak tahu itu lebih baik daripada tahu...
Pernah ku fikir..adakah akan dia kecewa bila mengetahuinya...
Bukan sengaja ingin ku sembunyikan identiti itu..
Maka hanya harap dapat berikan yg lebih baik untuk dia...
Harap dia tahu..disebalik kegelapan yg dihadapi rupa-rupanya ada cahaya..
Harap cahaya nobody ini dapat menceriakan dia utk sesaat...
Tapi, apakah daya nobody juga seorg manusia biasa..
nobody juga ada masa kegelapannya jugak...
mUngkin dia xpernah tahu...

Siapa di sebalik misteri nobody tu??
Memandangkan dia ingin tahu...maka terpaksa la ku bongkarkan jawapannya itu...

NOBODY = AKU @ AKU = NOBODY

Maaf jika rasa kecewa..maaf jika rasa ku menipu..maaf jika terasa..
Niat ku hanya 1...inginkan yg baik utk dia...
Harap dia memahami...
[^@^]

Nukilan : 8/11/2010 1.45pm

Saturday, November 6, 2010

@ sTuDy @

@ sTuDy @

[ Inikah gaya org study.. hu3 ]

Hari makin dekat...debaran makin kencang... =]
Kini bukan saja adik-adik di sek yg bakal hadapi SPM yg ada prsn bgini...
Malah..kami yg berada di universiti ni pon sama jgk... :)

Anyway...focus in study...gudluck & all the best untuk semua...

Friday, November 5, 2010

# syukur #

# syukur #


Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku dikurniakan semangat yang ada untuk membantu...

Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku diberikan kekuatan yang ada untuk menasihat...

Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku dibekalkan akal fikiran yang rasional untuk menegur...

Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku dianugerahkan segala-gala itu untuk memperjuangkan suatu..

Suatu itu yang dimaksudkan adalah memberi sedikit cahaya kepada adik-adik yang pernah menjalani program motivasi bersama aku selama aku menceburi dalam dunia motivasi ini...

Diri ku cukur bersyukur kerana walaupun berlainan agama dan bangsa...adik-adik semua masih percaya dan tetap mencari diriku ini selepas program demi memberi suntikan semangat kepada mereka...

Diri ku amat bersyukur...diriku ini jugalah yang dicari bila adik-adik ini buntu...hilang tumpuan..hilang arah..keliru..risau..takut... untuk mendapatkan khidmat nasihat...untuk menyuntik semangat tambahan kepada mereka untuk terus berjuang dalan perjalanan pelajaran mereka...

Sering kali diriku menerima mesej dalam facebook..dalam sms..drpd adik-adik ini..kdg kala diriku juga kesian dan risau dengan situasi mereka...nama apa daya diriku ini..setakat mampu untuk menaikkan semangat mereka hanya dgn kata-kata yang xseberapa...

Semoga adik-adik ini dapat berjaya dalam pelajaran mereka...semoga juga diriku ini masih mampu lagi diberikan kekuatan untuk memperjuangkan dalam bidang motivasi untuk membantu mereka yang perlukannya... =]

Nukilan : 6/11/2010 1.30am

Thursday, November 4, 2010

[= Kali terakhir =]

[= Kali terakhir =]

Inilah kali terakhir final exam aku untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda di uMp...

8/11/2010

BEE4413 DIGITAL SIGNAL PROCESSING

11/11/2010

BEE 4253 COMPUTER VISION SYSTEMS

22/11/2010


BEE 4393 AUTOMATION & ROBOTICS

29@30/11/2010

PRESENTATION PSM


Tinggal lagi xsampai sebulan masanya aku berada di uMp ini...perlulah aku lakukan banyak perkara buat kali terakhir ini...

Selain daripada akademik aku ini...kepada kesemua kenalan..adik2..junior2...lps ini masing-masing ada jalan tersendiri...jika bertemu lagi dikira takdir..jika tidak ditemukan lagi perlulah ada hubungan keep in touch...

Walaubagaimanapun, tetap perlu aku untuk tinggalkan kata-kata terakhir ini untuk semua..Bukan pesanan tapi sekadar ucapan sebelum berpisah...

Aku disini mendoakan kesemua kenalan2..adik2...junior2... Semoga berjaya dalam dunia dan akhirat..semoga berjaya dalam bidang yg diceburi..semoga bahagia disamping org yg tersyg..

Semoga panjang umur murah rezeki...semoga kenalan kita berkekalan..semoga salah silap aku selama ini dimaafkan tak secara sengaja @ tidak... Semoga pertemuan kita disini membawa seribu makna dan erti..

Semoga ucapan ini dpt sampai kpd semua yang mengenali diri... sebelum ku pergi...

Nukilan : 4/11/2010 4.32pm

Wednesday, November 3, 2010

{ bUkaN yAnG tErBaiK uNtUk mU }

{ bUkaN yAnG tErBaiK uNtUk mU }


Rupanya diriku ini bukanlah yang terbaik untuk mu....
Ku ditemukan dgn mu dlm keadaan tidak sengaja..
Ingat lg ketika itu, mu tgur ku...
Ku xsangka perkenalan kita bermula dengan teguran mu...
Kemudian kita makin kenal makin rapat...
Walaupun kita kenal sb de malsah timbul...
Mungkin itulah takdir Tuhan untuk kita ketemu disini...
Ku cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik...
Memberi bila perlu...
Tapi disaat-saat akhir inilah...
Baru ku sedar......
Rupanya diriku ini bukanlah yang terbaik untuk mu....
Bukan ku ingin mu menghargai ku...
Tapi hanya ingin mu sampaian khabar mu...
Mu tidak seperti dulu...
Mu dah mula berubah...
Mu kdg-kala juga cuba menyembunyi sesuatu daripada ku...
Bukan lagi ku dijadikan tempat luahan...
Bukan lagi ku dijadikan tempat kongsian...
Bukan lagi la ku dijadikan panduan...
Ku menerima semua itu dengan sebaiknya...
Ku menerima semua itu dengan hati terbuka...
Ku menerima semua itu kerana ku tahu itu lah yg terbaik untuk mu...
Rupanya diriku ini bukan lagi yang terbaik untuk mu....
Semoga mu dapat mengharungi hidup mu dengan tabah...
Sesungguhnya hidup kita semuanya de cabaran...
Beranikan diri untuk mengejar kejayaan,kebahagiaan dan keinginan...
Doa dari ku tidak akan terhenti hingga akhir waktu...
 Kecuali ku telah tiada lagi disini...

Nukilan : 4/11/2011 4.13am

Tuesday, November 2, 2010

[~Tolong Ingatkan Ku~]

[~Tolong Ingatkan Ku~]

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terlupa,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku tersalah,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terpesong,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terasa,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terkena,

Tapi, malangnya...tiada siapa yang benar-benar ikhlas disisi untuk tolong ingatkan ku.......

Thursday, October 28, 2010

[ - mY sToRy - ]


 Salam bahagia buat kesemua kenalan,

 disanakah masa depan ku~~

Hampir sebulan blog ini bersawang disebabkan tuannya begitu malas dan sibuk(kononnya) dengan tugasan dan aktiviti harian..Hati ingin mencoretkan sesuatu menjadi makin kurang makin pudar..mgkn disebabkan tiada pembaca setia..ataupun mgkn apa yg cuma tuannya luahkan disini tiada yg tahu pon..menjadikan tuannya makin malas...(alasan jer kowt)

Apa sekali pun, dlm masa sebulan ini byk perkara berlaku..kali ini tidak akan ku cerita disini apa yang berlaku dgn yg lepas malah akan cerita apa yang bakal berlaku kelak.. Kini secara rasminya kelas kuliah untuk DEGREE ku telah pun TAMAT...sekejap jer...sudah hampir 4 tahun berlalu...mula2 dlu mmg rsa lmbt..xlarat nk tggu smp abes..tp skg pikir balik...sekejap saja JIKA kita menghargai campus life ini yg dicorakkan dgn pelbagai pengisian dan pembelajaran luar kls..MENARIK!

Malah, perlu lagi aku menempuhi final exam terakhir pada 8hb, 11hb dan 22hb NOV 2010... 29 @ 30 hb NOV 2010 bakal menghadapi presentation PSM dan keje2 thesis... Secara kasarnya mulai dec akan ku free seketika...sblum ku abeskan pengajian aku yg terakhir iaitu Latihan Industri (LI)...aku cukup bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani LI in di SONY Chain Supply (M) Sdn Bhd bertempat di Bangi Selangor bermula pada 3 Jan 2011 until 25 March 2011... 3 bulan saja..jgn terkejut..ini hanya utk pljr FKEE sahaja...huhuhuhu 

Kemudian kemungkinan akan aku trus menjejak kaki ke alam pekerjaan tetap..ataupun mgkn akan trus lagi menjadi student di U lain untuk peringkat Master..(doakan aku)..kesemua itu dlm perancangan..malah apa skalipun perlu tgk kpd keadaan pada masa itu nnt...Sesungguhnya manusia hanya mampu untuk merancang..segala ketentuan di tangan Tuhan..Namun perlu kita untuk berusaha juga.. =]

Hati begitu berat ingin mengizinkan jasadnya untuk menjejak ke dunia masyarakat yg penuh dgn realitinya...segala kekejaman manusia dalam mengejar kepentingan bakal dihadapi...segala hal hasad dengki...segala hal remeh temeh bakal ku hadapi..wah tidakkkkkk....Tabah..Sabar..=)

Mcmana dgn bisness consultant plak...hahaha..tidak akn dilupakan jgk...itu sbg side income..akan ku bersama rakan utk usahakannya..pada masa yg sama jgk akan ku mengikuti consultant lain utk mengendalikan byk program..hrp2 de rezeki itu..alang2 msa tmpt Li mmg dh dekat ctu...hak3 :D

Ku rasa itu saja berkaitan dengan pe yg bakal berlaku pada diri ini...Bila kahwin? hahaha.. soklan bgus..suka aku menjawab...sblm cerita psl kahwin perlu tnya ttg status dlu...

 STATUS : not single...not available..not engaged..in very complicated relationship maybe... hak3

keindahan masa depan semua...hargailah!!!

Malah,saranan untuk semua kenalan..adik2..perlu kita ada perancangan hidup kita..jgn membenarkan masalah kita yg mengawal tentang pencapaian matlamat kita malah biar masalah menjadi mendorong kepada mencapai matlamat kita.. INGAT!!!

SEMOGA BERJAYA!!! BERJAYA!!! BERJAYA!!!

Friday, October 1, 2010

[ + Siapakah diri ku yang sebenar + ]


[ + Siapakah diri ku yang sebenar + ]


Siapakah diri ku yang sebenar???
Ada yang akan kata hanya dirimu saja yang tahu...

Siapakah diri ku yang sebenar???
Ada yang akan kata Tuhan saja yang tahu...

Siapakah diri ku yang sebenar???
Diriku tiada jawapan...

Siapakah diri ku yang sebenar???
Diriku teragak-agak dengan jawapan...

Siapakah diri ku yang sebenar???
Di mata kawan-kawan ku semua...

Siapakah diri ku yang sebenar???
Di mata adik-adik ku pulak...

................................................................................................................................................

Monday, September 20, 2010

[ Cerita Sangkar & burung ]

Cerita sangkar & burung

 


Salam bahagia buat teman-teman semua..Bulan Ramadhan sudah pun berlalu,semua org menyambut bulan syawal dengan gembira dengan dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga dan jugak sanak saudara untuk meraihkan Hari Raya Aidilfitri ini..Namun jgn kita lupa pada masa yang sama juga terdapat golongan yang kurang bernasib baik..bkn saja mereka yang miskin tapi mereka-mereka yang baru saja kehilangan ahli keluarga jugak sudah pasti hari raya menjadi sedih dan pilu...

Walaubagaimanapun,cuba saya kongsikan satu cerita yang saya dapat dripada Abg Badr yg begini bermakna supya dapat kita sama-sama renung2kan utk kita muhasabahkan diri spaya dapt menuju ke arah yang lebih baik. Bulan Ramadhan sebula umat Islam semua wajib berpuasa..sebulan berpuasa ini mengajar umatnta untuk mengawal nafsu..tak kisah lah nafsu makan..nafsu kepuasan yang lain2...Tiba saja bulan syawal ini dalam sejarahnya bermakna dulu umatnya sudah menang..menang dalam mengawal nafsu mereka maka tiba lah syawal untuk sama-sama menyambut hari raya aidilfitri...

Maka,apa pulak kaitan dengan cerita sangkar & burung?? Teman-teman...Kalo kita hadirkn ke pertandingan kecantikan burung..apa kritiria yang akan diutamakan untuk memenagi pertandingan itu? Jawapanya semestinya BURUNG dapat mengeluarkn bunyi yang merdu.... bukannya SANGKAR yang lawa dan mewah itu...itu semua org tahu...cerita itu samalah dengan kehidupan manusia ini...dalam hidup kita sepatutnya manusia mengejar ilmu2 untuk membina diri..menambah nilai etika diri...sahsiah diri...BUKANNYA kita mengejar kebendaan kemata2...tapi itulah realitinya sekarang.

Teman-teman, kita seharusnya mengejar untuk mendapatkn ilmu untuk menghiasi diri dari sudut keagamaannya ka..pelajarannya ka...kehidupannyanya ka..tp bukan hanya tahu mengejar kekayaan yang dapat mencantikkan luaran manusia semata-mata...mmg benar duit itu penting...tp ingat kalau kita hanya cantik dari segi luaran saja...pakai saja mewah-mewah...sangkar saja lawa dan mewah..tapi sikap kita..perangai kita macam syaitan..semua itu jugak tidak berguna...Sangkar itu bagaikan Jasad kita...Burung pula bagaikan ROh kita...kuatkan ROHANI untuk Roh kita...dan juga JASMANInya....

Saranan utk semua..biar kita nampak biasa dari segi luaran kita...tapi kita penuhi kekayaan kita dari segi dalaman kita..ilmu keagamaan itu penting keran ia mengajar kita untuk menjadi insan yang soleh mahupun soleha..INGATLAH...ibubapa kita juga tidak mengharapkan kebendaan daripada anak-anaknya..yg diharapakn semestinya mereka inginkan nak mereka menjadi seorg anak yg soleh @ soleha dan menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada masyarakat kita...

Itulah cerita Sangkar & Burung yang dikongsikan oleh Abg.Badr dari Ampec dalam tazkirahnya sempena dengan Gathering Raya Ampec Sabtu lepas...sungguh bermakna perkongsian itu...

Thursday, August 12, 2010

[ N.I.K.M.A.T ]

 [gambar hiasan]

Begitu bahagia dapat dirasai,
Jika kita masih ada peluang untuk hidup di dunia ini,
Menikmati segala kurniaan Tuhan yang Maha Pemurah,
Rezeki bercurah-curah kita terima,
Tapi dengan hanya jika kita mematuhi suruhannya,

Begitu bertuah aku merasai,
Ada juga teman-teman,junior-junior dan sahabat-sahabat yang masih sudi temani,
Menikmati juadah berbuka puasa sebentar tadi,
Bersepah-sepah makanan di meja sebelum berbuka,
Tapi habis sekelip mata selepas azan,
Bersyukurlah habis juga makanan itu supaya tidak kita membazir,

Begitu ceria semua rasai,
Ada yang bercakap ada yang gelak ketawa,
Menikmati suasana indah kita bersama,
Berkecoh-kecoh tidak habis si puteri berceloteh,
Balas-membalas pula yang ada,
Akhirnya aku juga kena sekali...

Hahahaha...itulah nikmat sebenarnya,
Hargailah waktu itu kerana bukan selalu ada,
Selamat Berpuasa kesemua,
Jumpa lagi kalau diberi peluang dan masa.

p/s: berpadah-padah kita berbelanja,jangan pula kita membazir!!!

Sunday, August 8, 2010

[ Selamat Tinggal Sahabatku]


[arwah dari kiri pertama]

Sesungguhnya semua yang berlaku itu takdir Tuhan,
Baru saja terima berita tentang pemergianmu,
Diriku tidak dapat menerima hakikat ini,
Sedangkan baru saja kita bersama menjalankan aktiviti,
Walaubagaimanapun itu sudah menjadi kenyataan,
Pemergianmu perlu diterima,
Wahai sahabatku,
Aku tidak dapat ingin berkata apa-apa,
Melihat ke arah jenazah arwah,
Sebak di hati, sedih sangat dirasai,
Tidak tahan lagi air mataku mengalir tidak berhenti,
Namun dalam ingatan ku masih segar dengan senyumanmu bila menegur diriku setiap kali kita jumpa,
Tiada lagi peluang untuk aku melihat semua ini,
kerana arwah telah meninggalkan kita semua,
Selamat tinggal sahabatku,
Salam takziah buat kesemua ahli keluarga arwah,
Semoga arwah dapat pergi dengan tenang dan diletakkan bersama orang-orang beriman dan soleh.