Saturday, November 7, 2009

Sekadar ingin berkongsi....

Salam bahagia..

Sekadar ingin berkongsi dengan semua keindahan pemandangan dalam kampus J ini.. semua ini J ambik semasa J pergi jogging bersama kawan sebilik J dalam beberapa hari ini... =)



Waktu senja yang hampir pada pukul 6.40pm tp msih ramai yg jogging...

Ini pula hari makin larut malam..tgk la lampu jalan tu...

tiang apa ni? J pun xtau..saja jer.. haha

tgk awan tu..masa ini cuaca hampir nak hujan lebat...

cuaca mendung waktu petang bersama dengan tiupan angin yang sejuk..sedapnyer..

J suka sangat gambar ni... cantik kan?

Awan ini sangat unik..kdg2 ada bentuk mcm2..huhu
ni masa ambik cuacanya cemerlang... haha =D

p/s: Dunia ini kalo kita tidak terokai mmg kita tak akan tau keindahannya..maka terokailah hidup ini sendiri dengan akan mendapat pengalaman baru yang akan membantu dalam membina jati diri kita..samalah jugak kalo J xpergi jogging tak tau plak rupenya kampus J ada juga bahagian yang begitu indah... huhu =p

Monday, November 2, 2009

Ketenangan Jiwa

Salam bahagia untuk semua pembaca blog ini,

Dalam entry J yang lepas memang bagaikan perkongsian perasaan J secara terbuka..J xtau knpe bleh secara tiba2 dtg mood itu..namun selepas J meluahkan segala perasaan dalam blog ini,ramai kawan J mula bertanya tentang kebenaran luahan hati J itu..nmpknya adalah juga kawan sejati di sekeliling J..

Tidak kisah la bagi J untuk semua itu..sekarang J redha dengan apa yang bakal berlaku dengan J..tapi kawan-kawan jangan terkejut jika perangai J berubah menjadi 1 tahap yang tidak pernah kamu semua jumpa..cara J sekarang cukup mudah..Apa yang J terima dripada individu tersebut, J akan balas balik dgn cara yang sama...

Kita lupakan pasal hal itu...kali ini J ingin membawa rakan-rakan semua untuk mencari ketenangan jiwa..Jiwa J agak kurang tenang..J perlukan udara segar dari luar..maka hari ini J kuar outing dengan beberapa org kawan untuk mencari sedikit ketenangan..selepas selesai kerja rasmi J..kita pergi menikmati makan tengahari yang berlainan dengan hari-hari biasa..

Inilah lunch J hari ini..agak special sedikit la...huhu

Spingy mee Tomyam with seafood

mango jus

Walaupun J keluar x g mne2...tp asalkan dpt kuar itu sdah memuaskan hati J..Balik smp kampus..seperti biasa relax jer dlm bilik.jiwa ini masih tidak dapat mendekati buku yang sepatutnya bermula ulangkaji untuk final..last2 roomate ajak pegi jogging..Demi menjaga badan,kami pon g la jogging dua round..haha (poyo jer ayat tu)...

Perkara yang tidak dapat J sangka..tiba tgh jalan tu terserempak dengan kete Dato NC..Dato turunkan tingkap melambai2 kt J...J terkejut..Datin pula dok dlm kete gelak jer kt J sebabkan gelagat Dato td itu..J rasa segan plak..hahaha

Selepas jogging segar cikit badan J...rasa mcm xproaktif plak skg..asyik dlm bilik jer..huhu So dinner time dah smp..trun ar kt cafe nk jengok2 de pe mknan untuk nk isi perut J ni hah...last2 hp bunyi...sape yg col ni no office jer...dah tau la..motif panggilan ini...HAHAHA =D kalo bukan ajak minum...ajak makan...huhu PZ la orgnyer..

Dalam keadaan J yang kurang selesa skg, tmbh plak PZ yang srabut ini..bgus la..sama2 kuar demi mencari ketenangan jiwa..kami kuar beli dinner dlu pas2 lepak kt Damansara...dpn umah someone...perumahan ctu msih bru..xrmai lg org msuk rumah..suasana di dpn umah itu mmg best..amat menyenangkan dengan udara segar + sejuk...

J dgn PZ yang agak sewey hari ini..siap berjalan2 kt tmn tu...hahaha (jgn marah guna perkataan itu) tp mmg padan dgn keperluan kami berdua kot..hahaha tp yg J xphm adalah pe yg PZ 2 serabut sgt...J sb psl stdy...yg dia tu??psl transformasi dlm idup kot... wahaha

Bkn 2 jer..kami berceter dlm kete mcmne mengenakan org yg kurang ajaq dlm jalanraya ni..PZ leh plak gelak smp pernafasan teresak-esak..hahah btol ka ayat J?? kira lantak jer la..mlm nie mmg xbpe btol da..then tutup lampu kete jln kt highway..

Ade lah byk lg ceter..apa2 pun..mmg J dpt release tension yang tersimpan dlm jiwa J ini ari ni.. semoga PZ yang serabut ini akan kembali normal...J yg tension ini dah ckup tenang then leh study..

Setakat itu sajalah untuk kali ini...

Khas untuk kawan J :

2 Nov - Ika (junior J)

3 Nov - Azmarley (Mili adik angkat J msa sek dlu)
- Masitah (senior debat)


hApPy biRthDaY~~~sElaMaT haRi JadI~~~sEmOgA mUrAh rEzEki~~~hiDuP bAhAgIa bErSaMa kEluArgA tErsAyAnG



Sunday, November 1, 2009

Diriku di kaca mata orang?

Perjalanan hidup yang kita tidak tahu bila penghujungnya...
Tapi,bila-bila masa juga kita akan sampai di penghujung hidup kita tanpa kita sedari...



Salam bahagia dan salam 1 Malaysia,

Sudah sekian lama,hampir lebih daripada 10hari J tidak mengemaskini blog ini...Minggu terakhir kuliah untuk semester 5 sudah pun tamat...kesibukan melanda diri J sehingga saat akhir semeter ini..kesibukan pasal test..assignment..projek itu sudah menjadi kebiasaan bagi J sekarang...

Namun begitu,J perlukan satu tempat yang sunyi untuk diri J melepaskan segala kerisauan..segala kekeliruan..segala mende yang menggangu jiwa J ini..supaya J dapat betul2 fokus dalam study untuk final exam J yang bakal tiba pada 6hb Nov hingga 20hb Nov...

Kembali kepada entry kali ini...J cuba ingin merungkai pasal "diriku di kaca mata orang". Kemungkinan respon pertama pembaca blog J ini adalah akan bertanya kenapa kita perlu pedulikan apa org kata apa pendapat org terhadap kita...namun kita perlu jadi diri kita yang sebenar bukan menjadi diri kita yang org lain mahu...

Itu J amat setuju..J sememangnya tidak akan pedulikan apa yang org lain inginkan terhadap diri J..Tapi apa yang sedang bermain-main dalam pemikiran J adalah siapakah diriku di kaca mata org lain yang lebih khusus adalah di kalangan kawan2 J...Adakah J ini hanyalah seorg yg mereka akan pedulikan jika memerlukan J ataupun J hanyalah 1 mesin yang diperlukan oleh mereka jika rasa perlu bertanyakan apa2..mintak apa2 yg mereka inginkan...

J sangat confius terhadap kewujudan identiti J di kalangan mereka...Siapakah diriku dari perspektif orang lain...siapakah diriku ini...siapakah J? Hidup J masih panjang... sepanjang perjalanan J dlm hidup ini semestinya tidak akan ada suka dan duka jika hanya J hidup bersendirian...Sahabat amatlah penting bagi J...

Tapi,J benar2 ingin tahu siapakah J....siapakah J...siapakah J bagi kamu semua sebagai kawan J..adakah J ini perangai begitu teruk sekali??J amat confius terhadap diri sendiri...J perlukan juga sahabat sejati...sahabat yang dapat berkongsi kegembiraan dan kepayahan..Namun,apa yang J dapat rasa adalah hanyalah dalam kepayahan J dirujuk..J ditanya..J dimintak untuk ini untuk itu...namun jika dalam kesenangan mereka..J tidak diletakkan tempat yang sama untuk dirujuk untuk dimintak...

Kadang-kadang J cuba mengelakkan diri untuk memikirkan perkara ini..sebab kadang kala ianya amat sensitif...Namun hidup ini kita perlu menghadapi kenyataan..Perkara yang nyata adalah mmg J hidup dalam keseorangan..J bagaikan suatu barangan...Bila perlu akan diguna..Bila tidak perlu boleh dibuang begitu saja atau mengetepikan...

Walaubagaimanapun, J masih sedar... J masih mempunyai kawan yang benar-benar anggap diriku sebagai sahabat... J amat menghargainya... J amat bersyukur kerana masih ada yang sudi menjadi kawan kepada J... J sedar juga.. kadang kala kesengalan J telah pun menyinggung perasaan kawan..tapi J cuma ingin menceriakan lagi suasana...bukan niat J untuk menyakitkan hati kawan-kawan J... J ingin melindungi perasaan J yang sebenaq...

Siapa yang benar2 memahami tentang J?? tiada orang disini yang benar memahami J..Sebab asal usul J tidak pernah J bongkarkan..Tahukah kehidupan J semasa kecil dahulu?Tahukah J pernah menerima denda yang bagaimana semasa kecil apabila melakukan kesalahan?siapa yang tahu kesemua itu...xpe la..hal itu biarkanlah ia menjadi titik hitam J dalam hati J seorg..Titik hitam itu tidak perlu dinyatakan kerana hanya akan menggangu perasaan orang lain.. Kawan-kawan,tujuan J meluahkan segala perasaan J disini bukannya ingin mendapatkan perasaan kasih simpati..namun J mmg menganggap sinilah wadah untuk J meluahkan segala-galanya..

rsenya sdah cukup untuk setakat ini..

a/p: entry kali ini tidak berkaitan dgn siapa2..tp perasaan ingin menulis psl ini dtg secara tiba2..maka berharap tiada pihak yang terasa... =)

Kepada rakan-rakan di uMp : All tHe bEsT & gOoD luCk in fiNaL eXaM nNt... =]

Kepada kawan-kawan universiti di seluruh Malaysia : sUcEsS sElaLu.. gAmBatEh... :)

Thursday, October 29, 2009

l.o.v.e


This is for you ! =)

p/s: I hope that you will keep it forever.. =] althought maybe now we seldom can meet..but the important is we believe each other.. :)

Saturday, October 17, 2009

Siapakah kawan???

Salam bahagia buat semua pembaca setia blog "Journey Of My Life"...

Dalam entry J yang lepas, J pernah berkongsi dengan semua pasal niat..pasal perasaan manusia yang J kata bagai ombak.. Baru J perasan sekarang dalam penulisan blog J dag mula suka menulis sesuatu yang berlaku pada diri J yang akan J kaitkan dengan nilai-nilai..sikap-sikap manusia..Ombak itu kini sekali lagi melanda pada diri J..namun J masih mampu untuk mengawalkannya..demi meredahkan ombak itu maka sini saja la wadah untuk J..

Balik kepada entry J kali ini..Siapakah kawan? itulah tajuk yang J bakal bawakan untuk semua..sering kali banyak persoalan ini bermain-main di fikiran..J cuba mencari jawapan untuk persoalan tersebut..namun boleh dikatakan J masih tidak mendapat jawapan yang konkrit..yang kukuh..yang boleh J terima..

J bukan saja cuba mencari jawapan dalam buku-buku psikologi..bahkan jumpa dengan pakar-pakar kaunseling demi mendapatkan jawapan..namun sehingga kini J masih tertanya-tanya siapakah kawan?adakah orang yang kita kenali..orang itu sentiasa memahami kita..membantu jika perlu..support jika dikehendaki??

Tapi,kalo orang itu tidak lakukan begitu..bagaimana pula?J xtau..J juga harapkan ada orang yang dapat memberi tunjuk ajar kepada J..tunjuk jalan yang patut J berfikir supaya diri J tidak tersasar mendapatkan jawapan yang songsang untuk persoalan ini..

Ombak yang melanda pada diri j ari ini berlainan dengan ari itu..kali ini menyakitkan..xtau kenapa..J kini bukan saja rasa sakit malah rasa letih jgak...sb bru saja blik drpd 1 prgram..dlm prgrm ini walaupun semuanya sama spesis..J melibatkan diri dengan niat ingin membantu mereka..selepas semua selesai..J baru perasan sebenarnya walaupun kita sama spesis tapi J masih xmampu untuk bergaul dlm spesis ini..knpe?

Persoalan lain pula yang berlari-lari dalam fikiran J..J sekarang mcm harap diri J berada di tepi pantai dan J dapat jerit sekuat-kuatnya...sekuat mana yang J mampu..jerit smp xdak suara pun xkisah... JERIT!!! ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH....

Baru J akan rase puas dan segala itu dapat dilepaskan..J xnak simpan dalam hati...hati J begitu kecik mmg xmampu untuk menampung kesemua ini..J xnak hati ini mengalami kesusahan la..J xnak..sekarang xdak pantai di sini..maka J hanya dapat nyanyi lagu kuat-kuat la dalam bilik..hahaha =]

Oleh itu,saranan J untuk semua pembaca blog ini..perhatikanlah orang disekeliling kamu semua..adakah benar semua itu kawan kamu? Cuba fikirkan soalan ini siapakah kawan? kalo ada jawapan cuba berkongsi dengan J..J sentiasa bersedia untuk mendengar..

Lepas itu,malam ini juga J menerima 1 gurauan yang cukup serious & kritikal..gurauan ini menyebabkan J xtau nak kata apa...tapi J terima..redha jer J ini..J xkata apa pasal ini..lupakan saja...

J rasa setakat ini saja la..J rasa sangat letih..letih bekerja..letih memikir..letih untuk segala-galanya..J perlukan rehat yang cukup..namun sebelum itu,marilah kita sama-sama muhasabah diri setiap malam demi memperbaiki diri kita termasuklah J sendiri...

p/s: entry ari ini tidak berkaitan dengan siapa2..jgn nnt ade org terase aty plak.. =]