[ Sinar Hidup ]
Salam bahagia buat semua yang baca blog saya..
Sudah agak lama tuan punya blog membiarkan blog ini bersawang atas alasan tiada inspirasi baru untuk mencoret sesuatu untuk perkongsian dengan semua...
Kini sudah pun kita menjejak kaki ke bulan yang terakhir bagi 2010...
Semestinya perlbagai tugasan @ tanggungjawab sudah pon selesai atau hampir kita selesai...
Tahniah kepada adik2 yang mengambil SPM kerana telah selesai menduduki peperiksaan yang seram bagi mereka..semuanya dah merdeka...huhu
Bagi diri sendiri pula bersyukur sebab telah pun selesai segala pelajaran untuk Ijazah Sarjana Muda (degree) selama 7 semester dan lulus dengan baik..Final result dah dapat..agak bersyukur dapat abes dgn 2nd class upper...
Namun, ke mana pula kita akan pergi...jalan manakah pula akan kita jalan...
Maka 'sinar hidup' itu cukup penting dalam memastikan kita dapat memilih satu jalan yang betul utk kita..
Bukan semua org bernasib baik yang akan mendapat sinar itu...
Sinar itu bermakna mungkin dari panduan dr org lain..nasihat drpd pakar atau rujukan drpd keluarga..
Maka, jika kita ada pastikan kita menghargai peluang itu..
Saya sendiri percaya dengan ada sinar hidup itu pasti jalan kita yang menjadi pilihan pasti akan benar dan membawa masa depan yang cerah untuk kita..
Pernahkah kita fikirkan golongan yang tidak senasib baik mcm kita??
Sebelum pulang cuti ke kampung halaman, sempat lg sya menghadiri program sebagai fasilitator atas jmptn drpd Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabak Bernam..
Program ini dinamakan program perkongsian yang dihadiri org mereka2 iaitu remaja yang telah sesat dalam perjalanan hidup mereka..mereka adalah pesalah yg didenda oleh mahkamah untuk menjalani Perintah Khidmat Sosial atas kesalahan yang mereka lakukan..
Mereka yang hadir semua pernah berada dalam lokap ataupun penjara..usia dlm lingkungan hnya 19 - 23 tahun.. setelah perkongsian demi perkongsian..
Tiada wujud lagi perasaan takut dgn mereka tp prsn kesian yang timbul..
Disebabkan tiada 'sinar hidup' itu..mereka tersalah langkah..
Ingat seseorg hanya ada 2 saat saja untuk diberikan membuat pilihan..
Saat pertama pilih yang baik
Saat kedua pilih yang buruk
Yang mana 1 jadi pilihan terletak pada diri..
Jika ada sinar ada panduan pasti mereka tidak akan berada disitu pada masa kini..
Bertambah sya kagum n terkejut..salah seorg pesalah dengan kesalahan samun walaupun hanya belajar setakat form 3..
TAPI mempunyai bakat menulis novel dalam bahasa inggeris..novel nya telal diterima di luar negara secara online..pulangan agak lumayan dgn dpt beribu2 ringgit bg 1 novel..
Maka, dah panjang lebar aku membebel..
kepad yang membaca..bersyukurlah...bersyukurlah..
selagi kita masih mempunyai sinar hidup itu...
Hargailah..gunakanlah dengan sebaik-baiknya..
Semoga anda akan berjaya dengan ada 'sinar hidup' itu...
Nukilan :
11.27pm
10/12/2010
No comments:
Post a Comment