Friday, December 11, 2009

[ cOmpLiCaTeD]

Salam bahagia dan selamat bercuti untuk semua rakan-rakan setia blog J....

Manusia yang dilahirkan ke dunia nyata ini cukup complicated... tidak kira la dari sedi biologicalnya.. pemikirannya.. kelakuannya.. perangainya... semua-semua susah diduga dan diteka... Lain orang lain cara.. namun kalo cara itu kena tak pa,.. malangnya manusia ini sentiasa tidak sedar caranya adalah tidak kena dengan dirinya ataupun untuk orang disekelilingnya...

Kini, semua pelajar yang menuntut di IPTA sedang cuti sehinggalah 28 dec sejak 20 Nov lagi..tapi bagi J cuti semester kali ini bagaikan tidak cuti sebenarnya..walaupun sudah biasa tapi kali ini lain dengan sebelum ini sebab kali ni cuti J langsung tidak berkesempatan balik ke rumah...

Habis saja final exam...semua pendebat uMp telah mula berkampungdi uMp sendiri untuk latihan intensif demi Pertandingan Debat Piala Diraja 2009 pada 3-8 dec... Maka, sepanjang 2mggu itu J tidak dapat pulang kerana ingin fokus kepada latihan...Sehinggalah abisnya pertandingan ini..walaupun pencapaian kali ini masih kurang membanggakan namun yang menjadi kejutan pasukan debat bahasa arab kategori B uMp dinobatkan sebagai Johan kali ini... Tahniah, buat adik-adik debat ini...

Cuti hanya tinggal 3 minggu lagi... sememangnya akan ada 2 minggu yang perlu ada di uMp untuk program...J bercadang untuk pulang ke umah untuk seminggu tapi akhirnya tidak kesampaian..J redha jer.. seperti J selalu sebut...semua yang diatur oleh Tuhan ada hikmah disebaliknya untuk kita...

J terima hikmah ini serta merta... Satu cabaran besar menduga diri J ini.. cabaran ini bakal menguji tahap kematangan pemikiran J..tahap kecekapan pengurusan masa dan kerja J...tahap ketahanan mental J... mmg J rasa diuji kali ini...J akan berkongsi dengan kalian selepas ini kerana cabaran ini baru bermula maka belum lagi masa untuk bercerita disini,...

Namun begitu, J menerima dengan seadanya.. Secara tiba-tiba PZ menyoal J..apakah pegang kunci kejayaan hidup J.. bagi J dalam hidup di dunia ini yang perlu kita menghadapi mnusia yang complicated..persekitaran yang complicated...maka J sentiasa ingin mencabar diri sendiri untuk melakukan apa saja yang orang lain tidak berani lakukan kerana tidak yakin...supaya J dapat mencari keyakinan diri untuk menghadapi perkara yang lebih besar lagi pada masa hadapan...

J telah membuktikan kepada diri J hanya perlu yakin...apa saja halangan semua J dapat atasi..dan J sentiasa ingat kepada diri sendiri jangan pedulikan apa persepsi atau kata org lain.. manusia ini biasa la..perasaan hasad dengki sentiasa wujud..apabila kita ingin mencuba sesuatu yang baik..semestinya mereka akan memijak kita dulu..sebab tak nak kita lebih daripada mereka..

Manusia....manusia...kelemahan pada setiap orang mmg wujud...namun kenapa tidak kita mengubah kelemahan kita supaya jadi kekuatan kepada kita...

Bersambung..............

1 comment:

dyeve said...

A wonderful and a Marry Christmas! from all my heart <3
nice blog :)