Thursday, October 29, 2009

l.o.v.e


This is for you ! =)

p/s: I hope that you will keep it forever.. =] althought maybe now we seldom can meet..but the important is we believe each other.. :)

Saturday, October 17, 2009

Siapakah kawan???

Salam bahagia buat semua pembaca setia blog "Journey Of My Life"...

Dalam entry J yang lepas, J pernah berkongsi dengan semua pasal niat..pasal perasaan manusia yang J kata bagai ombak.. Baru J perasan sekarang dalam penulisan blog J dag mula suka menulis sesuatu yang berlaku pada diri J yang akan J kaitkan dengan nilai-nilai..sikap-sikap manusia..Ombak itu kini sekali lagi melanda pada diri J..namun J masih mampu untuk mengawalkannya..demi meredahkan ombak itu maka sini saja la wadah untuk J..

Balik kepada entry J kali ini..Siapakah kawan? itulah tajuk yang J bakal bawakan untuk semua..sering kali banyak persoalan ini bermain-main di fikiran..J cuba mencari jawapan untuk persoalan tersebut..namun boleh dikatakan J masih tidak mendapat jawapan yang konkrit..yang kukuh..yang boleh J terima..

J bukan saja cuba mencari jawapan dalam buku-buku psikologi..bahkan jumpa dengan pakar-pakar kaunseling demi mendapatkan jawapan..namun sehingga kini J masih tertanya-tanya siapakah kawan?adakah orang yang kita kenali..orang itu sentiasa memahami kita..membantu jika perlu..support jika dikehendaki??

Tapi,kalo orang itu tidak lakukan begitu..bagaimana pula?J xtau..J juga harapkan ada orang yang dapat memberi tunjuk ajar kepada J..tunjuk jalan yang patut J berfikir supaya diri J tidak tersasar mendapatkan jawapan yang songsang untuk persoalan ini..

Ombak yang melanda pada diri j ari ini berlainan dengan ari itu..kali ini menyakitkan..xtau kenapa..J kini bukan saja rasa sakit malah rasa letih jgak...sb bru saja blik drpd 1 prgram..dlm prgrm ini walaupun semuanya sama spesis..J melibatkan diri dengan niat ingin membantu mereka..selepas semua selesai..J baru perasan sebenarnya walaupun kita sama spesis tapi J masih xmampu untuk bergaul dlm spesis ini..knpe?

Persoalan lain pula yang berlari-lari dalam fikiran J..J sekarang mcm harap diri J berada di tepi pantai dan J dapat jerit sekuat-kuatnya...sekuat mana yang J mampu..jerit smp xdak suara pun xkisah... JERIT!!! ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH....

Baru J akan rase puas dan segala itu dapat dilepaskan..J xnak simpan dalam hati...hati J begitu kecik mmg xmampu untuk menampung kesemua ini..J xnak hati ini mengalami kesusahan la..J xnak..sekarang xdak pantai di sini..maka J hanya dapat nyanyi lagu kuat-kuat la dalam bilik..hahaha =]

Oleh itu,saranan J untuk semua pembaca blog ini..perhatikanlah orang disekeliling kamu semua..adakah benar semua itu kawan kamu? Cuba fikirkan soalan ini siapakah kawan? kalo ada jawapan cuba berkongsi dengan J..J sentiasa bersedia untuk mendengar..

Lepas itu,malam ini juga J menerima 1 gurauan yang cukup serious & kritikal..gurauan ini menyebabkan J xtau nak kata apa...tapi J terima..redha jer J ini..J xkata apa pasal ini..lupakan saja...

J rasa setakat ini saja la..J rasa sangat letih..letih bekerja..letih memikir..letih untuk segala-galanya..J perlukan rehat yang cukup..namun sebelum itu,marilah kita sama-sama muhasabah diri setiap malam demi memperbaiki diri kita termasuklah J sendiri...

p/s: entry ari ini tidak berkaitan dengan siapa2..jgn nnt ade org terase aty plak.. =]

Tuesday, October 13, 2009

Niat..

Salam bahagia buat pembaca blog J...

Beberapa hari lepas,kehidupan kosong J diisi dengan suatu aktiviti yang penuh bermakna..suatu kenangan terpahat di hati J sendiri..J tidak sangka perkara ini boleh berlaku..maka orang kata jika kita niatnya baik..maka semuanya akan berjalan lancar..

Hujung minggu yang lalu,walaupun sibuk dengan test..namun itu tidak menjadi halangan buat J untuk berkhidmat bakti mendidik untuk generasi muda atau pemimpin muda..J dapat jemputan daripada MRSM Kuantan untuk Kem Remaja NEXT'09 di Kem Desa Cempaka,Pantai Sepat Kuantan..Kem ini bukan calang-calang orang pesertanya..semua pandai2 belaka dan merupakan pemimpin MRSM..seperti Badan Wakil Pelajar, Lembaga Displin Pelajar, Pembimbing Rakan Sebaya, Jemaah Dakwah Islam dll lg..sejumlah 65org..

Seawal pagi jumaat,rakan yg J tidak kenali drpd UIAM faris dtg ump jmput J dan taqi..lepas itu kami semua barisan fasilitator berkumpul disana untuk briefing sblm prgm..semua fasi J baru knal bpe jam sblm prgrm..namun apa yg J xsangka..sepnjng prgm kami dpt kerjasama dgn baik..

Dlm kem ini,J ditugskakn sbg Kem Komander 1..maka J perlu berubah kembali siapa diri J sebenaq dulu2..yg rakan2 J di ump tidak pernah lihat..kejam terhadap hukuman yg diberi tanpa belas kasihan..berguling..hukuman komando style kesemua digunakan..

J malas nk ceter pe yg berlaku dlm kem kali ni..cukp byk..tp pe yg paling penting yg J ingin kongsikan adalah walaupun hanya kenal 3hari..namun hubungan silaturahim kami begitu erat tanpa diduga oleh siapa2..kita semua dapat memberikan komitmen tinggi dlm kem ini kesemuanya berasaskan NIAT semata-mata..

NIAT kami adalah ingin mendidik..memberi input..menyedarkan pemimpin mrsm ini..sehingga akhir..hubungan persahabatan 3hari barisan fasilitator menjadi hubungan adik beradik..J mendapat pangkat ANGAH..kesemua ade 6laki 2 pompuan..masing2 drpd UMP..UIAM Nilai,UM dan UiTM..

Babak terakhir selepas majlis penutup sgt3 tersentuh hati J...bayangkan kesemua melutut di hadapan kami dan menangis menjerit...Bukan salah abg..semua salah kami..xkira laki or pompuan..semuanya menangis..sehingga yg laki lari ke depan memeluk kami semua termasuk J..adk tersebut menangis dengan kuat dlm pelukan dan asyik memohon maaf..J terharu sehingga menitiskan air mata..

Segala-gala pengorbanan kami semua sudah pun terbalas melihat keinsafan pemimpin ini..keikhlasan mereka untuk berubah menyentuh hati kami..bersyukur...Itu saja yang kami inginkan tp bukan dengan balasan kebendaan..Semua ini dapat kita lakukan dengan hanya ada Niat yang baik..itu sdah cukup...namun perkara ini tidak dapat dilakukan oleh setiap org pemimpin or yg digelar manusia..

J pasti sepanjang prgrm 3hari 2mlm ini..pasti akan menjadi kenangan mendalam dalam hati setiap org peserta dan fasilitator semua..J berharap ada masa akan dtg dpt lg kita bekerjasama untuk sama2 berbakti kpd masyarakat...

p/s: gmbo xdpt J upload sb xsmpt mtk dgn alang(faris uiam)..huhu =]

Sunday, October 4, 2009

Perasaan manusia bagaikan ombak

Salam bahagia untuk semua..

J perasan sebenaqnya semakin hari semakin kurang pembaca blog J skg..mgkn rmai yg tidak setuju dgn apa yg J tulis disini ataupun setiap kali entry yg J tulis agak bosan..namun begitu, J tak kisah sb J pernah kata sblum ini..Blog ini J jadikan wadah utk J meluahkan segala-galanya dan jgk sbg sharing pe yg J dpt dlm pengalaman idup yg J lalui selama 22tahun ini..

Mgkin de org pikir..J bru saja umuq 22tahun..de pe pengalaman yg leh dikongsi..kalo ikotkn hati mmg byk la..tp kekadang ia melibatkan sedikit privasi..maka J pon malas la nk ceter disini...segalanya smpn di lubuk hati J sndiri sdah...hehe

Perasaan manusia bagaikan ombak..knpe?sifat ombak ini tiada sesiapa pun tahu..bila dia akn tenang..bila dia akan membawa ombak besar yg manusia suka..bila plak dia akn membawa ombak besar yg akan menjahanamkan kehidupan manusia.. perasaan bercampur-campur..

Begitu jgak la manusia..sukar untk kita menjangka apakah perasaan seseorg manusia ini..adakah dia skg gembira?adakah dia sedih?dia hatinya pedih?semuanya ini bukan dapat kita nilai melalui expression muke..tapi ia perlu melalui betapa dalam kah kita memahami manusia itu..

Perasaan ini agak subjektif jika ingin dibincangkan...J pernah menemui seorg junior yg muke 24jam ceria dan senyum saja walaupun kena marah..senyumannya menghapuskan segalanya..Bagi semua org pastinya rse dia ckup bahagia..tp bg J ia tidak..J rse pasti ade sesuatu berlaku padanya dan dia tidak ingin org lain tahu..maka senyuman manis digunakan untuk mengkaburkan keadaan..

J mengambil peluang duduk bersamanya berbincang dan memahami mengenai dia..akhirnya dia meluahkan kesemuanya itu..ada sedikit masalah keluarga..tp dia tidak ingin kwn2nya tahu..kesian..J dapat mengesan gelagatnya itu pun disebabkan dia berubah secara tiba2 apabila menjelang peperiksaan PMR yg dia hadapi..

Balik kepada tajuk entry J kali ini..J berani kata begitu disebabkan ia mmg berlaku pada J sendiri..begitulah mlm ini..J tidak tahu knpe..sepatutnya kegembiraan mengelilingi J..namun scra tibe terase sebak di hati..hati tidak ingin mengata apa2..cuma ingin diamkan diri..

apa2 pun..J xnak ggu emosi org disekeliling..muke J masih tergantung dengan senyumannya..yg penting J hrp org disekeliling J sentisa gembira dan bahagia..oleh itu,J mengucapkan selamat hari jadi kepada kwn baek J..taqi..dan juga akila..semoga panjang umuq dan hidup bahagia bersama org tersyng..tiada pe2 yg bleh diberikan tapi hanya dgn ucpan ikhlas drpd hati..

Inilah kwn2 yg sama2 celebrate dgn taqi & akila termasuklah Prof n isterinya =)

Rasenya sdah cukup untuk entry J pada kali ini..agak pnjng dah J tulis ii..jari jemari J mcm xnak berhenti lgi..tp kita ptut sedar dan pandai untuk mengawal diri sendiri bilakah kite perlu berhenti..begitu jgak mengawal perasaan kite..perasaan manusia cukup dahsyat jika tidak dijaga dgn baik..

p/s:luahan prsn melegakan hati..huhu =p

Friday, October 2, 2009

Majlis Konvokesyen Komemoratif UMP

buku konvokesyen ke 4

Hari ini menjadi hari yang bersejarah buat warga uMp..dengan berlangsungnya Majlis Konvokesyen Komemoratif UMP pagi tadi mencatatkan keistimewaan uMp yang bakal membawa lagi perubahan dalam pembangunan kampus ini..

Tepat pkol 8.45am, J sudah berada di kawasan sekitar Dewan Konvokesyen..sblm masuk ke dewan PZ ajak J ke office dia dlu..spya dapat sama2 kite msuk ke dewan itu..Inilah kali pertama J melihat dgn mata sendiri mcmna 1 majlis konvokesyen yang penuh dgn adat istiadat sistem beraja melayu ini..huhu

Pentas konvokesyen uMp

Ramai kerabat2 diraja yang hadir pada pagi ini termasuklah Tengku Puang Pahang yang telah J berpeluang berjumpa dgn Tengku pada bulan Jun yang lalu..J jgak berkesempatan bersalam dgn salah seorg kerabat walaupun J xknal pon sapa dia..haha yg penting PZ tau la pe identitinya..

Jam menunjuk tepat pkol 10.30am, majlis dimulakan dengan perarakan masuk barisan warga pendidik yang berjubah diikuti Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang bersama dgn barisan Ahli Senat uMp...mmg punctual la majlis ini..ikut sepenuh pe yg dirancang..bgus2

Dalam dewan ramai la jgak kehadirannya..tp student tu kureng la ckit..bhgn dpn tmpat VIP pon de kosng..so J dan PZ serta bbrape org staf uMp pon dijemput duduk kt dpn tu utk memnuhi bhgn tu..pe lgi kami pon dgn xmalunya dduk la kt bhgn dpn..haha

tempat mkn kerabat diraja

Habis jer majlis ini,tibelah masa utk makan...ermm,sedap mkananya..ala2 rayela yg dihidangkan..huhu yg bestnya mestilah satay...huhu Lps abis jer mkn..pegi blik office PZ utk berehat kjap sb panas sgt..then truslah blik..ptg nie senior2 J konvo tp J malas plak nk g..nasib baek msa otw nk blik nie jmpe jgak abg syakir..smpt g ambk gmbo dgn dia yg pakai baju melayu..huhu Tahniah senior2 semua..selamat berkonvo la ye..

me & abg syakir

Ok la..setakat nie jer..tggulah entry yg akan dtg..pekah yg bakal berbakal dgn J lps ni..jeng3...

p/s: Nmpk mdm mala pkai jubah td..xsmpt nk ambk gmbo dgn dia...huhu