[gambar hiasan]
Begitu bahagia dapat dirasai,
Jika kita masih ada peluang untuk hidup di dunia ini,
Menikmati segala kurniaan Tuhan yang Maha Pemurah,
Rezeki bercurah-curah kita terima,
Tapi dengan hanya jika kita mematuhi suruhannya,
Begitu bertuah aku merasai,
Ada juga teman-teman,junior-junior dan sahabat-sahabat yang masih sudi temani,
Menikmati juadah berbuka puasa sebentar tadi,
Bersepah-sepah makanan di meja sebelum berbuka,
Tapi habis sekelip mata selepas azan,
Bersyukurlah habis juga makanan itu supaya tidak kita membazir,
Begitu ceria semua rasai,
Ada yang bercakap ada yang gelak ketawa,
Menikmati suasana indah kita bersama,
Berkecoh-kecoh tidak habis si puteri berceloteh,
Balas-membalas pula yang ada,
Akhirnya aku juga kena sekali...
Hahahaha...itulah nikmat sebenarnya,
Hargailah waktu itu kerana bukan selalu ada,
Selamat Berpuasa kesemua,
Jumpa lagi kalau diberi peluang dan masa.
p/s: berpadah-padah kita berbelanja,jangan pula kita membazir!!!