Thursday, May 13, 2010

[ kErJa yaNg X eRti pEnaT & LelaH ] PaRT II

Salam sejahtera & salam bahagia buat teman-teman semua...

[ Kem Desa Cempaka, Kuantan ]

Teman-teman J rata-rata telah pun pulang ke kediaman masing-masing sementara kini semua sudah bermula cuti semester...Walaupun begitu tapi seperti lazimnya J belum lagi pulang kerana ingin teruskan perjuangan J dalam bidang motivasi ini...

Kali ini ingin J berkongsi dengan rakan-rakan dalam pengendalian program KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PELAJAR SMK SELANCAR 2010 di Pantai Sepat hujung minggu yang lalu..suatu pengalaman baru buat J sendiri kerana kali ini barisan fasilitator adalah terdiri daripada mereka-mereka yang penuh pengalaman dalam bidang ini contohnya mereka yang merupakan bekas jurulatih PLKN @ jurulatih BTN dan sebagainya..J merupakan antara fasilitator yang paling muda tapi dilantik sebagai KEM KOMANDAN..agak musykil jgak pada awalnya...namun tiada masalah kerana J masih belajar dengan mereka yang dah lama tu...

Program kali ini agak berbeza sebenarnya kerana mereka merupakan pemimpin sekolah yang terdiri daripada semua tingkatan...level yang berbeza dikumpul sekali...maka pendekatan juga perlu agak berbeza dengan yang dahulu... Pada permulaannya..nampak dengan jelas pemimpin pelajar ini kurang kenyakinan diri dari segi penyampaian hujah..kerjasama juga agak kurang antara mereka..

Maka,selepas daripada mereka melalui modul-modul yang dirancang..melalui saranan yang diberikan oleh master tariner..dan juga macam biasa kritikan pedas daripada kem komandan J sendiri..akhirnya dapat mendesak mereka supaya perlu menunjukan bahawa mereka BOLEH... SELANCAR you are the..... BEST! BEST! BEST! inilah yang dijadikan slogan supaya mereka lebih bersemangat..

Cabaran yang paling utama dalam kem kali ini bukannya dari aspek pesertanya sendiri tapi adalah dari segi cuacanya sendiri...ho3 PANAS sgt3....wah...xtahan...sini mandi sana dah berpeluh mcm mandi...tapi banyak-banyak program yang J sertai ini yang paling istimewa kerana mereka sungguh tepat masa untuk waktu solat subuh..walaupun hari kedua yang lazimnya semua bangun lambat sebab keletihan..tapi group ini kumpul tepat waktu yang ditetapkan...SYABAS!

ReLaXiNg TiMe...

[ Inilah keindahan alam di panching ]

Lepas daripada penat dan letih berprogram itu..J bersama bbrpa orang rakan ke Air Terjun Panching untuk bermandi-manda + BBQ.. huh best..lame dah tak berendam..haha..malas dah nk ceter panjang..tgk jer gambo nnt... =p

3 comments:

joven said...

hi, you have nice blog.. u can view also mine..http://akoniwares.blogspot.com

law said...

thanx..so keep to view my blog ya.. :)

law said...

:)