Monday, July 19, 2010

pantun lewat malam


 [ gambar hiasan semata-mata ]
Dalam malam yang sunyi dan sepi,
Ditemani dengan lagu yangmembuat diri ini mengingati,
Perlu kita sentiasa muhasabah diri dan insafi,
Namun apakah daya ku yang hanya insan biasa,
Apakah yang mampu ku lakukan demi diri,
Ku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka,
Untuk diri sendiri tidak tahu lagi tinggal apa,
Perasaan bercampur-campur terasa di hati,
Air mata tiba mengalir bercurah-curah membasahi pipi,
Siapakah yang mampu memahami,
Hanya diri saja yang menanggung semua ini,
Semua itu sudah tidak penting lagi,
Luaran nampak tabah tidak bererti dalamnya sama jua,
Selamat berjuang rakan-rakanku,
Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi,
Berjumpa lagi jika hayat masih panjang.

Nukilan ikhlas daripada : Abg law =]
00.25am
20/07/10

[ kErJa yaNg X eRti pEnaT & LelaH ] PaRT III

Salam bahagia buat semua teman-temanku...

Sudah sekian lama J tidak update blog ini sedangkan banyak sangat perkara atau cerita yang ingin J kongsikan disini namun mood itu tiada..terpaksa la J tangguh dan tangguh hinggalah hari ini..Namun malas ingin ceritakan yang lepas-lepas..J hanya bercadang ceritakan yg terkini saja...

Kadang-kala J juga berfikir dan termenung lama memikirkan sesuatu...sudah sangat banyak program motivasi yang J anjurkan atau ikuti..memberikan semangat baru kepada adik-adik daripada sekolah yang berlainan tempat yang berlainan serta latar belakang yg berlainan..selalu J berpesan adik-adik semua mesti rajin belajar untuk mencapai matlamat sendiri.

Tapi..pernahkah kita berfikir memang senang untuk kita bertegur..menasihat...dan memberi motivasi kepada orang lain..namun bila untuk diri sendiri semuanya sudah tidak sama..dari segi luaran memang ramai yang anggap J ini seorang yang hebat..seorang yang bukan saja baik dalam pelajarannya malah baik juga dari segi kemahiran dan sebagainya...betapa sempurna orang memandang kepada J..J terasa serba salah sebab sebenarnya bukan begitu..

J mengaku tidak mampu untuk menjadi yang terbaik dalam semua bahagian..tapi J cuba juga..melihat kepada orang-orang disekitar J..J perasan sememamng manusia ini mulut sedap untuk menegur dan mengkritik orang tapi gagal untuk melihat kepada diri sendiri untuk tidak melakukan perkara yang sama..maka itu sebabnya kenapa dalam bab motivasi juga selalu sebut kita perlu sentiasa muhasabah diri..bukan 1 tahun sekali @ 1 bulan sekali..tapi sepatutnya setiap hari sebelum tidur dah kita lakukan...cakap memang senang bila buat itu lah halangannya yang ada.

waktu aktiviti belon harapanku =]

J sangat seronok dan bersyukur apabila ada peluang untuk J memberi sedikit motivasi kepada adik-adik dari sekolah rendah mahupun menengah terutama mereka yang bakal menghadapi peperiksaan...Baru weekend lepas J sekali lagi bersama dengan warga SK Felda Purun untuk program kecemerlangan UPSR sekolah itu. Kali ini persekitaran yang berbeza pendekatan juga berbeza..program kali ini dijalankan di Pantai Cherating..

@ Pantai Cherating

Pendekkan ceritanya..pengisian kali ini ada 5 slot akademik yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam subjek tertentu untuk memberikan tips kepada adik-adik semua dan kami daripada uMp untuk 3 slot termasuk LDK, Riadah dan Malam Muhasabah Diri.Kali ini J bersama rakan Taqi yang kendalikan malam muhasabah diri, pendekatan cukup mudah tidak lagi seperti dulu...kali ini J bermula dengan berkongsi 1 video clip bertajuk "Surat Seorang ibu" kemudian disambung pula dengan melalui penceritaan J yang membawa semua pulang kepada hari lahir kita sehinggalah kita sebesar ini..

waktu muhasabah diri..suram suasana malam itu utk seketika

J ingin semua faham sesuatu..perkongsian malam itu bukan dengan objektif inginkan semua menangis maka akan adalah impaknya..TIDAK..itu pemikiran yang salah..tapi apa yang J harapkan hanyalah mereka insaf memikirkan segala yang mereka lakukan dan ambil peluang yang kini masih ada untuk menembus semula dengan usaha...doa...dan tawakal..

Di penghujung program kali ini dapat juga peluang J bersama-adik-adik bersuka ria di taman tema air bukit gambang..huhu penat terasa bukan saja disebabkan main tahap gila-gila dengan semua malah juga penat menjaga keselamtan adik-adik ini yang tidak takut langsung dengan kemampuan sendiri..mungkin mereka ingat abang-abang dengan akak-akak fasi semua ada kot..itulah perangai adik-adik..faham sangat...

Inilah kerja J selama ini yang tidak erti penat dan lelah sebenarnya..walaupun memang letih tapi seronok dan enjoy..semoga adik-adik semua dapat tahu semua ini untuk terus berusaha dengan sebaiknya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam upsr nanti..J sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka..

** Apabila dalam program sebegini memang J sangat relax kerana dapat melupakan segala perkara yang membuatkan J stress..tension...serabut...terganggu...semua-semua la...**