Saturday, January 23, 2010

Puitis Nukilan Di Awal Pagi

 Puitis Nukilan Di Awal Pagi


Begitu indah mentari di awal pagi

J tidak mengerti kenapa tiba-tiba datang perasaan ini untuk menukil puisi ini sebelum melelapkan mata semalam. Adakah ini dikatakan petanda awal yang ingin tujukan kepada J?

Air hujan tiba dicurah ke bumi ini ;
Bagaikan perasaan yang terdetik di hati ;
Pilu sedih kecewa yang ku rasai ;
Teringat pula semua yang dikenali ;
Jika aku pergi malam ini ;
Sempatkah aku menginsafi ;
Segala dosa dan kelemahanku ini ;
Wahai rakan-rakanku semua ;
Ku mohon ampun dari hujung kaki hingga ke hunjung jari ;
Agar aku dapat pergi dengan ketenangan hati ;
Tanpa merisaukan apa-apa lagi ;
Selamat Tinggal saudara dan saudari.


Nukilan : J
Waktu : 24/01/10 ( 3.40am )

Majlis Penamaan Calon Pemilihan MPP 09/10 UMP

Salam bahagia dan salam 1 Malaysia,

Baru sudah selesai Majlis Penamaan Calon Pemilihan MPP 09/10 UMP yang diadakan di Blok WDKU yang telah dihadiri oleh Dekan Jhepa sendiri Yg Berbhgia Prof. Dr. Mohd Redzuan bin Nordin, pegawai2 jabatan-jabtan bertnggjwb dan juga MAHASISWA MAHASISWI UMP yang memenuhi Dewan Kuliah Utama itu sehingga melimpah duduk di tangga. Sambutan yang cukup menggalakkan dapat kita lihat betapa MAHASISWA UMP bukan lagi mahasiswa lesu dan pasif tapi mereka tahu tentang tanggjwbnya.

Dalam majlis ini, Yg Berbhgia Dekan Jhepa telah mengumumkan calon-calon yang layak bertanding untuk kedua-kedua kategori iaitu Kerusi UMUM diperuntukkan 7 kerusi dan Kerusi fakulti ada 2 kerusi untuk setiap fakulti dengan jumlah akhir 21 kerusi yang bakal dipertandingkan.

Kerusi umum terdapat 13 orang Calon yang layak bertanding, FKEE 3orang calon, FKM 3org calon, FSKKP 5orang calon, FKASA 3 orang calon, FKKSA 4orang calon, FIST 3orang calon, FKPPT 4orang calon.

Selepas semuanya selesai diumukan majlis diteruskan lagi dengan Taklimat dripda PTMK tentang sistem E-VOTING yg akan digunakan untuk PRK kali ini. Sekalung penghargaan kpd pegawai PTMK kerana membantu dlm pembentukan sistem ini NAMUN habis saja sesi taklimat ini. J timbulkan persoalan.....

PERSOALAN #1:

Setiap mahasiswa WAJIB mengundi 7 orang calon daripada 13orang calon umum yg bertanding, tapi jika pengundi hanya membuat undi seorg saja maka adakah ia akan dijadikan sebagai UNDI ROSAK @ DITERIMA SEBAGAI UNDI.


JAWAPAN #1 :

Pegwai yang memberikan taklimat itu menjawab, YA undi itu hanya dianggapkan sebagai UNDI ROSAK.


Kemudian......


JAWAPAN #2 :


Ada kesilapan, TIADA UNDI ROSAK yang wujud...


PERSOALAN #2 :

J bertanya lagi, maknanya jika mereka hanya mengundi seorang sistem masih terima?? Jawapan YA.

Aikk..mana boleh wujudnya keadaan begini, dah dalam syarat minta pelajar WAJIB undi 7orang??? Sehinggalah akhir perbincangn Dekan bersama dengan pegawai PTMK.

Keputusan sebulat suara dewan :

TIADA istilah UNDI ROSAK 
Pelajar perlu UNDI 7 orang, jika tidak SISTEM TIDAK AKAN teruskan kepada proses seterusnya.

Baiklah,itulah keputusan yang dicapai bersama. Harapan saya apa yang dijanjikan itu perlu ditunaikan jika tidak itulah yang akan dituntut kelak supaya mahasiswa tidak akan wujud rasa kesangsian terhadap KETELUSAN sistem E-voting ini.

Semoga berjaya wahai bakal-bakal calon kesemuanya. Menang Kalah adat pertandingan. Siapa yang Menang jangan lupakan janjinya jangan lupa laksanakan tggngjwbnya..Siapa yang kalah jangan berhenti begitu saja perjuangannya jangan ingat tiada jawatan kita bukan pemimpin pelajar.

INGAT! Semua mahasiswa adalah pemimpin pelajar, yang menjadi kelainan hanya terpulang kepada diri sendiri untuk mencorakkannya sahaja.

Sekian.


Inilah muka-muka Calon-calon PRK UMP 09/10 (lelaki)


Inilah muka-muka Calon-calon PRK UMP 09/10 (perempuan)  

Inilah suasana hangat semasa semua calon diperkenalkan di Kafeteria tadi sempena dengan perasmian SPEAKER CORNER

Tidak erti nak kata apa-apa...

Salam bahagia untuk semua,

Hari ini seluruh rakyat jelata negeri johor berasa sedih kerana telah kehilangan seorang Raja yang begitu prihatin dengan rakyatnya.Maka, marilah kita sama-sama mendoakan segala yang baik untuk seluruh kerabat diraja negeri johor.

Namun,untuk entry kali ini bukannya ingin J berkongsi dengan anda semua tapi ada perkongsian lain yang ingin J menukil di sini.Baru saja J balik daripada cafe..hampir 2jam J berada di cafe, lama tu..sudah sekian lama J tidak melepak bagitu lama di cafe walaupon bukannya ada perbincangan apa-apa. Tapi, tadi J tertarik dengan cerita yang disiarkan dalam TV3 tadi...

J tak tahu nama cerite itu tapi ringkasan perjalanan ceritanya berkaitan dengan seorg gadis yang hidup disengsara kerana didera dengan ayah tirinya termasuklah abang tirinya yang menyebabkan gadis ini sedih dan menangis setiap hari dan sering ponteng sekolah kerana dipaksa membantu menjual kuih demi mencari rezeki untuk keluarga.Gadis ini terselamat apabila munculnya kaunselor baru di sekolah yang memberi khidmat nasihat kepadanya sehinggalah dia mampu berubah walaupun susah hidupnya tapi dia nak berjaya dan dia terus tekun belajar sehingga dapat keputusan cemerlang.

Walaupun cerita ini hanyalah cerita yang biasa dan banyak-banyak hasil drama malaysia memang mcm tu lagi dari dulu tapi yang menjadi tarikan hati saya untuk terus duduk disitu untuk abeskan cerita ini adalah situasi yang dihadpi gadis ini menyebabkan J terfikir terhadap seseorang.

Ingat lagi tak dalam entry sebelom ini,pernah J sebut tentang seorg junior J yang mempunyai masalah tapi masa itu dia tak ingin berkongsi masalahnya. Tapi lepas itu junior J itu telah pun berkongsi masalahnya dengan J secara peribadi...masa itu J terfikir tentang dia bkan disbkan masalah mereka sama tapi yg jadi samanya hidup mereka sama susah dan tersepit di dalam situasi-situasi tertentu sehingga perlu korbankn pelajaran pada asalnya.Tapi, J agak sedih sb junior itu berkemungkinan tidak mampu sama dengan gadis itu di akhir ceritanya yang cemerlang dalam pelajarannya dan terus sambung belajar.

J xmampu untuk mengubah keputusannya namun J amat berharap dia dapat berfikir semula tentang keputusannya.Peluang belajar itu bukan semua orang dapat..J sentiasa berharapkan yang terbaik untuk dia...semoga dia dapat membuat keputusan yang terbaik untuk hidup dia sendiri.

J sudah tidak erti nak kata apa-apa ...................................................................

Thursday, January 21, 2010

PILIHANRAYA KAMPUS UMP

PILIHANRAYA KAMPUS UMP

SITUASI SEKARANG

1. Sudah bermula untuk mendaftar sebagai calon dalam sistem e-community ump.
Persoalan: Kenapa pihak tertentu nak mengehadkan waktu berdaftar kepada hingga sebelum pukul 5ptg ini saja???
Pertikaian: Sedangkan dalam peraturan yang dikeluarkan semua pelajar yang layak boleh mendaftar sebagai calon sehingga hari AHAD ini sebelum penamaan calon diumumkan.

PELIK....mmg PELIK..... Apa motifnya????????


2. Pilihanraya kampus adalah terbuka kepada semua pelajar ump.
Persoalan : Kenapa perlukan caturan ataupun sengaja mengaturkan orang-orang yang satu spesis dengannya untuk bertanding dan cuba untuk mengeluarkan orang lain??
Pertikaian : Jika individu itu orang yang baik ikut sepenuh ajaran agamanya...knpa lakukan perbuatan KEJI ini?? Dimana DEMOKRASI??

KALAU BERANI BERTANDING DENGAN TERBUKA DAN TELUS...

PELIK......mmg PELIK.... APA MOTIFNYA PULA???

3. Kenapa pemimpin yang sedia ada pemikirannya begitu sempit??
Persoalan : Pemimpin itu ada apa HAK untuk mengaturkan pelajar yang bakal bertanding?
Pertikaian : BUkankah itu dah dikatakan SALAHGUNA KUASA??mentang2 dia ingat dia pemimpin...Jgn masuk campur..laksanakan kerja sendiri sudah...

PELIK......mmg PELIK.... APA LAGI MOTIFNYA ???

Pandangan individu :

Saya secara individunya merasakan sangat-sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku.Malah bukan saja kecewa namun sedih lagi kerana semua ini berlaku dengan jelas nampak sangat ada pihak tertentu cuba membawa budaya politik luar ke dalam kampus ini.Mungkin ada pihak mempersoalkan kenapa hanya berani bersuara disini tapi tak berani ambil tindakn.Jawapan saya : saya pun telah mengambil tindakan yang sepatutnya tapi tiada hasil. Semoga PRK yang TELUS bakal dijalankan tapi bukan ATURAN yang KEJI itu berlaku.

Wednesday, January 6, 2010

[ No title ]

Salam bahagia,semoga semua sentiasa sihat dan bahagia.


Masa itu emas.Masa berlalu begitu cepat tanpa menunggu siapa-siapa jua...tanpa meninggalkan apa-apa kesan kepantasan masa itu berlalu..dalam sekelip mata sudah pun seminggu berlalu dalam tahun baru ini..Orang kata tahun baru azam baru...Persoalannya kenapa kita perlu tunggu hingga tahun baru baru nak ada azam baru??


Inilah sikap manusia..apabila seseorang manusia tidak erti menghargai masa maka masa itulah disia-siakan begitu saja..Banyak perkara yang telah J tempuhi dalam beberapa bulan ini sebelum kita masuk ke tahun baru..Banyak yang mengajar erti kehidupan J sememangnya membantu J dalam mengerja erti sebenar hidup ini..


Namun J tetap merasai..J is nothing in this real life..J menghargai mana-mana kawan yang masih mengingati J..yang masih keep in touch dengan J..J amat terharu..Itulah erti kesahabatan..Dalam pengalaman hidup J..J dapat rasa erti persahabatan ini apabila kita sendiri dalam kesusahan..jelas dapat kita lihat betapa buruknya sikap manusia ini apabila perlukan kita beru dekati..bila dalam susah cepat-cepat jauhi kita..Redha jer...


J bersyukur telah diberi peluang untuk menjelajah bebrapa negara lain seperti Thailand..Singapore dan juga Mesir..Semua ini banyak mengajar J..Apa yang dapat J ungkapkan disini..apabila kita pergi lihat negara lain..baru kita akan rasa betapa kerdilnya diriku ini..padahal memang ramai yang rasa dirinya hebat..apahal hanya jaguh kampung semata-mata..Kadang-kala J rasa nak tergelak pun ada..Kenapa?

J melihat gelagat remaja Malaysia memang kelakar..pemakaian bukan main "kreatif"..tapi tak kena tempat..Pemcemaran budaya amat tenat dan dirasai di Malaysia..tengoklah anak-anak muda zaman sekarang..jantan xmcm jantan..jantina pun dah susah nak dikenal pasti..Kes-kes sosial plak xpayah nak kata..Kes mat rempit itu biasa..tgk la orang lain..Thailand pon xdak mat rempit la..hahaha


Ayuhai anak-anak Malaysiaku...sedarlah dirimu..jangan fikir diri kita ini sudah hebat..sentiasa fikir sehebat mana kita pun masih ada lagi yang jauh lebih hebat daripada kita supaya kita tidak akan terus leka..malah memajukan diri sendiri lagi..


Apa yang J mampu lakukan..J hanya mampu membantu manusia yang erti insaf..yang erti bersyukur dengan apa yang ada..seperti J ceritakan dalam entry yang lepas..J bersyukur sebab J akhirnya dapat juga membantu junior itu untuk menenangkan fikirannya..J akan cuba sedaya upaya untuk membantu jika selagi  J mampu..J bukan inginkan pujian ataupun apa-apa..namun semua ini ikhlas daripada hati J..J tidak kisah apa orang nak kata..janji apa yang J lakukan adalah betul dari segi agama J sendiri...


Kadang-kadang J buntu...buntu dalam kehidupan..buntu dalam pelajaran..buntu dalam hubungan percintaan..siapakah yang dapat membantu J?? jawapannya susah untuk diberikan...


p/s: J tak tahu kenapa tetiba J menulis semua-semua yang diatas ini..semuanya tanpa dirancang..apa yang difikir waktu ini itulah yang ditulisnya..