Saturday, January 23, 2010

Majlis Penamaan Calon Pemilihan MPP 09/10 UMP

Salam bahagia dan salam 1 Malaysia,

Baru sudah selesai Majlis Penamaan Calon Pemilihan MPP 09/10 UMP yang diadakan di Blok WDKU yang telah dihadiri oleh Dekan Jhepa sendiri Yg Berbhgia Prof. Dr. Mohd Redzuan bin Nordin, pegawai2 jabatan-jabtan bertnggjwb dan juga MAHASISWA MAHASISWI UMP yang memenuhi Dewan Kuliah Utama itu sehingga melimpah duduk di tangga. Sambutan yang cukup menggalakkan dapat kita lihat betapa MAHASISWA UMP bukan lagi mahasiswa lesu dan pasif tapi mereka tahu tentang tanggjwbnya.

Dalam majlis ini, Yg Berbhgia Dekan Jhepa telah mengumumkan calon-calon yang layak bertanding untuk kedua-kedua kategori iaitu Kerusi UMUM diperuntukkan 7 kerusi dan Kerusi fakulti ada 2 kerusi untuk setiap fakulti dengan jumlah akhir 21 kerusi yang bakal dipertandingkan.

Kerusi umum terdapat 13 orang Calon yang layak bertanding, FKEE 3orang calon, FKM 3org calon, FSKKP 5orang calon, FKASA 3 orang calon, FKKSA 4orang calon, FIST 3orang calon, FKPPT 4orang calon.

Selepas semuanya selesai diumukan majlis diteruskan lagi dengan Taklimat dripda PTMK tentang sistem E-VOTING yg akan digunakan untuk PRK kali ini. Sekalung penghargaan kpd pegawai PTMK kerana membantu dlm pembentukan sistem ini NAMUN habis saja sesi taklimat ini. J timbulkan persoalan.....

PERSOALAN #1:

Setiap mahasiswa WAJIB mengundi 7 orang calon daripada 13orang calon umum yg bertanding, tapi jika pengundi hanya membuat undi seorg saja maka adakah ia akan dijadikan sebagai UNDI ROSAK @ DITERIMA SEBAGAI UNDI.


JAWAPAN #1 :

Pegwai yang memberikan taklimat itu menjawab, YA undi itu hanya dianggapkan sebagai UNDI ROSAK.


Kemudian......


JAWAPAN #2 :


Ada kesilapan, TIADA UNDI ROSAK yang wujud...


PERSOALAN #2 :

J bertanya lagi, maknanya jika mereka hanya mengundi seorang sistem masih terima?? Jawapan YA.

Aikk..mana boleh wujudnya keadaan begini, dah dalam syarat minta pelajar WAJIB undi 7orang??? Sehinggalah akhir perbincangn Dekan bersama dengan pegawai PTMK.

Keputusan sebulat suara dewan :

TIADA istilah UNDI ROSAK 
Pelajar perlu UNDI 7 orang, jika tidak SISTEM TIDAK AKAN teruskan kepada proses seterusnya.

Baiklah,itulah keputusan yang dicapai bersama. Harapan saya apa yang dijanjikan itu perlu ditunaikan jika tidak itulah yang akan dituntut kelak supaya mahasiswa tidak akan wujud rasa kesangsian terhadap KETELUSAN sistem E-voting ini.

Semoga berjaya wahai bakal-bakal calon kesemuanya. Menang Kalah adat pertandingan. Siapa yang Menang jangan lupakan janjinya jangan lupa laksanakan tggngjwbnya..Siapa yang kalah jangan berhenti begitu saja perjuangannya jangan ingat tiada jawatan kita bukan pemimpin pelajar.

INGAT! Semua mahasiswa adalah pemimpin pelajar, yang menjadi kelainan hanya terpulang kepada diri sendiri untuk mencorakkannya sahaja.

Sekian.


Inilah muka-muka Calon-calon PRK UMP 09/10 (lelaki)


Inilah muka-muka Calon-calon PRK UMP 09/10 (perempuan)  

Inilah suasana hangat semasa semua calon diperkenalkan di Kafeteria tadi sempena dengan perasmian SPEAKER CORNER

No comments: