Monday, May 3, 2010

[ dEtiK mEmBiLaNg uSia ]

 Renungan panjang kerana sedar dengan masa depan diri masih lagi jauh perjalananya

Salam bahagia buat teman-teman yang masih sudi membaca blog ini.

Masa berlalu tanpa meninggalkan sebarang kesan..detik yang berlalu membilang usia...sekelip mata sudah pun 3 tahu berlalu...sekarang fikir balik masih teringat-ingat waktu minggu induksi siswa yang J lalui itu yang penuh dengan kebosanan..sekejap sudah bakal J digelar pelajar tahun akhir..Bebanan semakin bertambah dengan Projek Sarjana Muda (PSM) dan tesis yang perlu selesaikan semester depan...

Kini waktu cuti semester 6..seperti sedia kala..cuti bagaikan tiada cuti buat J kerana kesibukan dengan program-program yang bakal J berbakti dan menyumbang tenaga dan kepakaran demi anak-anak bangsa..J sentiasa memberi nasihat kepada semua orang tidak kira rakan-rakan..adik-adik J dan adik-adik sekolah yang pernah J wat program..kita perlu sentiasa muhasabah diri demi berubah ke arah kebaikan...

Dalam 3 tahun ini..J mengharungi pelbagai-pelbagai yang membawa kenangan manis dan pahit..kenangan manis semestinya program yang J anjurkan atau sertai semua dapat memberi impak tinggi dan berjaya..kenangan pahit semestinya kekangan yang disengajakan oleh pihak-pihak tertentu di dalam universiti J ini dalam urusan J bersam mereka..J terima dengan hati terbuka kerana J ingin belajar..belajar dari kesusahan.,.hasilnya cukup lumayan yang kini J rasai..

Pegangan J selama ini tidak pernah pun berubah...J sudah malas dan jemu jika J masih ingin membincangkan tentang isu kebodohan pihak itu yang berlaku yang bertujuan untuk menyekat J dan rakan-rakan seperjuangan untuk berbakti kepada ump..kerana J sudah meluat dengan mereka..J sudah xnak ambil kisah lagi terhadap golongan bijak yang berkelakuan tidak bijak itu..membuang masa J mengulas panjang..

Tapi...perjuangan tetap perlu diteruskan walaupun ada halangan..J kini meyokong penuh jalan perjuangan rakan seperjuangan J iaitu TTT dan seadanya demi mempertahankan maruah kita sebagai seorang mahasiswa..semua yang berlaku banyak mengajar J tentang kehidupan sebenar ketika menjejak kaki ke dalam masyarakat bila bekerja..politik tempat kerja begitu dahsyat..demi mempertahankan diri sanggup mengkhianati orang lain...memang mcm binatang...

Walaupun apa yang berlaku sekali pun..J disini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga sb kalo bukan ada manusia yang mcm tu..x juga J sudah dpt begitu matang...J percaya asalkan ikhlas dalam melaku sebarang tugasan..pasti ada balasannya..J bersyukur atas kurniaan rezeki kepada J utk cuti ini kerana dapat menerima banyak program yang bakal membawa sedikit side income untuk menampung kehidupan J dalam 2 bulan ini..

Pergerakan J lepas ini : 

7 - 9 mei 2010 Kem kepimpinan pelajar SMK Selancar (Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat)
14-16 mei 2010 Kem Hardcore (Ulu Yam, Selangor)
22-23 mei 2010 Program kepimpinan SK Rawang (Rawang)
28-29 mei 2010 Program motivasi anak-anak staf LKPP (Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat)
4-6 jun 2010 Program perantau siswa jelajah pulau (Pulau Tioman)

Kemudian akan disambung lagi dengan banyak program yang lain dibawah Kelab Insmartive...Syabas untuk MT kelab insmartive kerana aktivit telah diatur penuh dari sekarang hingga bulan Ogos..setiap mggu ada prgram..atas kepercayaan masyarakat tempatan terhadap kita kerana rata-rata adalah program jemputan untuk motivasi pelajar...teruskan usaha...

JANGAN SEPERTI MEREKA YANG HANYA TAHU MEMIKUL INSPIRASI YANG SAMA NAMUN TIDAK DAPAT MENJALANKAN AMANAH YANG SAMA DENGAN PENUH KEIKHLASAN...

Renung-renungkanlah............................

1 comment:

elin kooi said...

I will support ur blog always..^^
the new layout is nice..=p
ur schedule is very full..haha..
anyway, take care urself..