Sunday, April 18, 2010

[ kErJa yaNg X eRti pEnaT & LelaH ]

Adik-adik & abg-abg fasilitator kem kepimpinan jati diri smkaj 2010

Salam bahagia buatn teman-teman blogger..ramai-ramai yang bakal menghadapi peperiksaan di penghujung semester ini..J mengucapkan Selamat Mengambil Peperiksaan..All the Best..gOoD luCk..

Walaupun dalam kesibukan semua orang  dalam minggu ulangkaji namun ia tidak mematah semangat dan niat J terus berbakti dalam program-program kebajikan dan motivasi.Perjalanan jauh dari pahang ke kedah mengambil masa 8jam dengan menaiki Van uMp dan  pilot en.nizam selamat kita smp di sana.

J bermula dengan menjadi salah seorg ahli panel dalam Forum Kerjaya di SMK Aman Jaya Sg Petani Kedah yang merupakan bekas sekolah J untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu bersama dengan adik2 F5.Kemudian, Kem kepimpinan jati diri untuk adik2 F1 & F2.

J tidak berniat menceritakan apa modul yg kita lakukan disana kerana akan jadi panjang lebar nnt..tp apa yang dpt J ungkapkan disini..Perjalanan kali ini walaupun jauh tp J rasa puas..rasa seronok..rasa berbaloi..segala-galanya akan menjadi kenangan indah dalam perjuangan J selama ini..

Walaupun dalam prgram itu, seringkali J menerima panggilan daripada rakan-rakan uMp untuk berkongsi dengan perkembangan yang berlaku di dalam uMp yang setiap kali mengganggu perasaan J disana kerana J kecewa dengan apa yang telah berlaku sekarang..J tidak akan rasa rugi jika orang lain tidak sudi menerima bantuan ikhlas daripada J..tp yang akan rugi adalah orang-orang itu yang TAKOT dengan bayang-bayang sendiri..

Apa yang penting,melalui sesi perkongsian ilmu selama beberapa hari dengan adik2 disini amat menyentuh hati J..2 kali dalam prgram ini adik-adik J mengalirkan air mata..yang pertama kali disebabkan sesi perkongsian berkaitan dengan mak ayah..hampir kesemua mengalirkan air mata kekesalan dan keinsafan tidak kira lelaki ataupun perempuan...Kali kedua air mata itu mengalir disebabkan oleh abg-abg ini semua bakal berpisah dengan mereka dan abg-abg ini semua memohon maaf dgn mereka..bertambah sedih kerana mereka sedar akan kesalahan masing-masing..bersyukur kepada Tuhan adik-adik J semua itu mahukan perubahan ke arah yang lebih baik..

Dalam sesi kedua itu. salah seorg adik telah bersalam tangan J sangat lama sambil menangis mengalirkan air mata dan asyik menyebut abg, adik mintak maaf....ketika itu J sendiri bertambanh laju air mata J bercurah-curah membasahi pipi J...kemudian adik itu peluk J dengan sekuat-kuatnya...sehinggalah J mintak dia pergi bersalam dengan abg-abg lain barulah dia longgarkan pelukan itu.

Hati J terus berasa syukur dan semua pengorbanan yang diberikan adalah berbaloi apabila dalam perjalanan pulang ke pahang ini..adik J itu atau dinamakan adik Ikhrom @ adik kobis sms dengan J..J dgn Adik kobis itu byk kali balas membalas sms..1 sms yang benar-benar menyentuh hati J..dalam msg itu..adik kobis menyatakan :

Abg, boleh x adik nak cakap sesuatu dengan abg? tadi masa adik peluk abg kan...ada merasa mcm mendapat satu pelukan dari ayah..adik xpernah dapat pelokan mcm itu dari kecik lagi..walaupon abg suka kacau adik..adik dah anggap abg mcm abg kandung adik...        [adik kobis]

Apakah perasaan kita jika hnya 2 hari 1 malam kita berkenalan dan berkongsi ilmu dengan mereka..ada salah seorg yang bgtau perasaan dia yg begini dengan kita?? sejuk hati J membaca sms ini.. itu lagi memberi semangat kepada J untuk terus membantu adik-adik di mana-mana saja selagi mana yang J mampu..

p/s:kepada mereka-mereka yang takut sgt J akan wat kacau bilau tu...J bukannya dahagakan pe yg korg semua ada..niat J selama ini adalah ikhlas..kalo keikhlasan itu tidak diterima tidak mengapa kerana adik yang baru umuq 14tahun pun lagi matang daripada mereka2 ini kerana adik2 ini dapat merasa dan menghargau keikhlasan J


2 comments:

Seven said...

huhuhu
dh dua dh event insmartive terlepas
huhuhuuh

Anonymous said...

alah.....yien bru dua event,jnagn sedih nnt bnyak lgi event yg akan terlepas,fkirkan event yang akan datang bukan yg sudah berlalu untuk hiburkan hati anda.hehe,