Salam sejahtera dan salam bahagia,
[ keindahan waktu pagi ]
Selepas selesai J menyiapkan slide untuk ceramah yang bakal J berikan kepada peserta Kem Kepimpinan Jati Diri Pelajar di Kedah minggu depan yang bertajuk Kepimpinan Pelajar, ilham datang secara tiba-tiba pada waktu pagi ini menyebabkan terasa hati untuk J menukir sesuatu dalam catatan "Meaning Of Life" ini.
Sebelum bermula membuat slide itu, lama J cuma fikir bagaimanakah ingin J bawakan ceramah itu kepapa adik-adik disana kerana perkataan kepimpinan banyak tafsirannya..banyak gaya kepimpinannya dan jugak banyak pendekatannya. Lain orang lain cara..ini semua orang memahami namun itu tidak bererti lain cara yang kita gunakan itu boleh mengikut perasaan kita saja..Perlulah kita memikirkan apakah kesan kedapa persekitan apabila suatu tindak kita atau suatu kenyataan yang dikeluarkan.
J sentiasa mengingatkan diri supaya berhemah dalam bertutur dan mengeluarkan sebarang kenyataansupaya tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak yang akhirnya akan membawa fitnah semata-mata. Dalam perjalanan perjuangan J dalam istilah kepimpinan agak berlainan. J tidak pentingkan jawatan..pangkat mahupun kuasa kerana J percaya semua orang adalah pemimpin termasuklah diri J. Tapi itu juga perlu lihat kepada bagaimanakah kita ingin mencorakkan gaya kepimpinan kita.
Secara terus terang, J bukanlah jenis yang ingin mewar-warkan kepada seluruh masyarakat bahawa apa yang telah J lakukan..apa yang telah J memperjuangkan..Namun setakat diri sendiri dan juga Tuhan yang Maha Kuasa yang tahu sudah mencukupi. J sudah cukup banyak melihat macam-macam perangai pemimpin dalam universiti ini. Pegangan J cukup mudah, J tidak akan peduli siapakah anda..tidak kira pemimpin itu rakan kita pentadbir kita ataupun apa-apa, jika bagi J ada kekurangannya atau keterlaluannya maka tetap akan J membidas tidak kira siapa dan waktu.
Sekadar perkongsian atau bermuhasabah diri, sebagai seseorang pemimpin jangan sekadar pandai berhujah walaupun dalam hujah itu penuh dengan fakta. Bagi J berhujah yang penuh dengan fakta adalah mudah dan semua dapat lakukan tapi moleknya jika dalam sebarang isu yang ingin kita bangkitkan kita sertakan juga saranan ataupun cadangan daripada pihak kita. Barulah dikira sebagai pemimpin berilmu..berintelektual dan juga matang. Namun bukan hanya pandai melontarkan segala-galanya termasuklah perasaan sendiri yang bakal membawa padah.
Manusia ini memang ramai yang pandai bercakap tapi berhati-hatilah dalam percakapan kita. Terlanjur kata buruk padahnya, ingat rakan-rakan J sekalian. J cukup benci terhadap segolongan pemimpin yang hanya pandai mempersoalkan kenapa ini-ini yang dianjurkan kenapa pula yang lebih berintelektual tidak dianjurkan ataupun banyak kekangan untuk dianjurkan? J rasa orang yang mempersoalkan perkara memang cukup naif kerana jika anda rasa perlukan yang intelektual untuk dianjurkan kenapa anda sebagai pemimpin tidak mengambil tanggungjawab untuk menganjurkannya untuk memurnikan masyarakat di universiti ini??
J dapat mengungkapkan sebahagian yang berlaku kini dengan 3 ungkap kata dibawah, sama-sama kita menghayatilah....
"Manusia diberi akal utk berfikir,diberi kebijaksanaan atas kurniaan Tuhan,malangnya manusia suka menggunakan akal utk berfikir yg negatif...suka menggunakan kebijaksanaannya utk memanipulasikan fakta dan kebenaran " pelik-pelik... Rakan-rakan sama2 bermuhasabahkan diri la..Jgn ingat awak itu pndai sgt..INGAT bila2 masa kbijaksanaan akan ditarik balik..
"Apabila seseorg manusia mula berfikir scara negatif & pemikiran sempit, maka semua yg dia lihat semuanya buruk tiada yg akan de yg baik.." Sedih dan meluat tgk ada yg suke membuat provokasi dan sengaja mengelirukan keadaan..menambahkn lagi kekeliruan semua org..jgn cuba menggunakn pengaruh yg ada utk membuat kecoh..al...angkah btol2 taat kpd agamanya..knp pembuatan keji ini jugk yg dilakukn?
"Manuisa menjadi bodoh apabila berfikiran sempit dan suka mengaitkan segala hal berlaku dgn 1 perkara..cuba anda fikir2kan la..Jika anda ini sebagai pemimpin mahasiswa, segala statement yg dikeluarkn disertakan dgn unsur perli bagi saya itu juga bukan kelakuan yg INTELEKTUAL namun hanya akan mencerminkan yg anda itu belum MATANG masih bersifat kanak-kanak saja"
p/s: segala yang dilontarkan disini hanya sebagai perkongsian dan rujukan kepada siapa-siapa yang mempunyai pemikiran yang waras dan rasional.JIka anda terasa hati..Tahniah diucapkan kerana anda adalah golongan pemimpin yang..........
8 comments:
orang mcm ni nak mancari publisiti murahan je..sama2 muhasabah diri supaya xtergolong dalam golongan yg sebegitu..
Btol3..setuju sgt..ho3
manusia ini perlu sentiasa muhasabah diri supaya tidak kita terpesong..
org cm nie..dyorng nk kn perhatian je..nk idop sng..xpkir kn org len..
erm..mgkn..nk dptkn perhatian or maybe tgh mai politik apa pon kita xtaw..yg pntng org yg mcmni mesti de niat disebalik segala tindaknnya..
Huwaaa.. cantik gile pic tuh
huhu..tu gmbo msa aku trip f6 ke genting..ambk dlm cable car.. hik3
you are right . nice picture
life is like a stage with the exemption that it is not the best actor who will always win . It is merely a man who is able to keep himself simple and yet powerful who will then be the winner in the end . But there are time when being simple is not enough because the world don't just revolve around us.
XPLORER
Post a Comment