Mungkin bagi mana-mana pelajar boleh mendapatkan 10A @ 12A dalam spm adalah perkara mudah dan biasa tapi adakah golongan itu boleh dapat hanya 3A dalam kehidupan mereka..Apa itu 3A??
A1 - Agama
A2 - Akhlak
A3 - Akademik
Maksud disini adalah untuk menjadi seorg pelajar cemerlang dia bkn saja perlu cemerlang dalam bidang akademik malah dalam bidang agamanya dan akhlaknya sendiri..cemerlang dalam ketiga2 bidang adalah sukar namun tidak mustahil...
Formula Kecemerlangan dalam 3A :
- Sembahyang adalah tiang agama.
- Sembahyang membentuk sistem imuniti daripada perkara keji dan mungkar.
- Sembahyang membentuk akhlak manusia yang terpuji.
- Konsep sembahyang boleh diterjemahkan dalam amalan belajar.
- Taat kepada Ibu Bapa. - Taat kepada Guru dan orang yang memberikan ilmu pengetahuan kepada kita. - Taat kepada rakan-rakan.
- Kejayaan hanya dicapai dengan berusaha bersungguh-sungguh
- Perpatah Melayu “ Yang Pipih Tak Akan Datang Melayang, Yang Bulat Tak Akan Datang Bergolek ”
- Perpatah Arab “Barangsiapa Berusaha Pasti Akan Dapat”
D ~ Doa
- Sentiasa berdoalah sebelum melakukan sesuatu untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. - Sentiasa meminta ibu untuk doakan kejayaan kita kerana doa ibu sangat penting dan berpengaruh.
Y ~ Yakin
- Yakin bahawa usaha yang dilakukan adalah dengan keberkatan Tuhan. - Yakin dengan diri sendiri dalam melakukan setiap perkara seperti dalam ciri-ciri untuk mempunyai kecerdasan spiritual dalam entry post yang lepas.
- Yakin bahawa segala usaha keras akan dibalas dengan setimpal.
SA ~ Sedia Awal
- Sedia Awal sebelum menjelang peperiksaan.
- Sedia Awal sebelum guru masuk mengajar .
- Sedia Awal sebelum para malaikat mencabut nyawa kita.
T ~ Tumpuan
- Tumpuan melibatkan 4 perkara iaitu Ada mata pandang hadapan, ada mulut diam, ada telinga dengar dan ada otak berfikir.
- Tumpuan akan terjejas jika salah satu daripada 4 perkara itu tidak diamalkan.
U ~ Ulangkaji
- Ulangkaji apa yang diajar oleh guru dalam masa 24 jam.
- Ulangkaji perkara-perkara yang penting .
- Ulangkaji atau buat muhasabah tentang kesilapan, dosa dan maksiat yang telah dilakukan.
INGAT!!!
AKIBAT TIDAK CEMERLANG DALAM AGAMA, AKHLAK DAN AKADEMIK HARGA DIRI MANUSIA LEBIH RENDAH DARI SEEKOR HAIWAN
Inilah serba sedikit yang mampu saya kongsikan disini..harap2 sesiapa yang telah membaca post ini dapat mengingati kesemua ini..
2 comments:
wow... law dah mula update blog..
perkembangan yang positif,
update blog pun kira formula kecemerlangan la kan... huhuhuhuh
haha..2 semesti la..p mcm dgn blog abg plk?? :D
Post a Comment