Monday, September 20, 2010

[ Cerita Sangkar & burung ]

Cerita sangkar & burung

 


Salam bahagia buat teman-teman semua..Bulan Ramadhan sudah pun berlalu,semua org menyambut bulan syawal dengan gembira dengan dapat berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga dan jugak sanak saudara untuk meraihkan Hari Raya Aidilfitri ini..Namun jgn kita lupa pada masa yang sama juga terdapat golongan yang kurang bernasib baik..bkn saja mereka yang miskin tapi mereka-mereka yang baru saja kehilangan ahli keluarga jugak sudah pasti hari raya menjadi sedih dan pilu...

Walaubagaimanapun,cuba saya kongsikan satu cerita yang saya dapat dripada Abg Badr yg begini bermakna supya dapat kita sama-sama renung2kan utk kita muhasabahkan diri spaya dapt menuju ke arah yang lebih baik. Bulan Ramadhan sebula umat Islam semua wajib berpuasa..sebulan berpuasa ini mengajar umatnta untuk mengawal nafsu..tak kisah lah nafsu makan..nafsu kepuasan yang lain2...Tiba saja bulan syawal ini dalam sejarahnya bermakna dulu umatnya sudah menang..menang dalam mengawal nafsu mereka maka tiba lah syawal untuk sama-sama menyambut hari raya aidilfitri...

Maka,apa pulak kaitan dengan cerita sangkar & burung?? Teman-teman...Kalo kita hadirkn ke pertandingan kecantikan burung..apa kritiria yang akan diutamakan untuk memenagi pertandingan itu? Jawapanya semestinya BURUNG dapat mengeluarkn bunyi yang merdu.... bukannya SANGKAR yang lawa dan mewah itu...itu semua org tahu...cerita itu samalah dengan kehidupan manusia ini...dalam hidup kita sepatutnya manusia mengejar ilmu2 untuk membina diri..menambah nilai etika diri...sahsiah diri...BUKANNYA kita mengejar kebendaan kemata2...tapi itulah realitinya sekarang.

Teman-teman, kita seharusnya mengejar untuk mendapatkn ilmu untuk menghiasi diri dari sudut keagamaannya ka..pelajarannya ka...kehidupannyanya ka..tp bukan hanya tahu mengejar kekayaan yang dapat mencantikkan luaran manusia semata-mata...mmg benar duit itu penting...tp ingat kalau kita hanya cantik dari segi luaran saja...pakai saja mewah-mewah...sangkar saja lawa dan mewah..tapi sikap kita..perangai kita macam syaitan..semua itu jugak tidak berguna...Sangkar itu bagaikan Jasad kita...Burung pula bagaikan ROh kita...kuatkan ROHANI untuk Roh kita...dan juga JASMANInya....

Saranan utk semua..biar kita nampak biasa dari segi luaran kita...tapi kita penuhi kekayaan kita dari segi dalaman kita..ilmu keagamaan itu penting keran ia mengajar kita untuk menjadi insan yang soleh mahupun soleha..INGATLAH...ibubapa kita juga tidak mengharapkan kebendaan daripada anak-anaknya..yg diharapakn semestinya mereka inginkan nak mereka menjadi seorg anak yg soleh @ soleha dan menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada masyarakat kita...

Itulah cerita Sangkar & Burung yang dikongsikan oleh Abg.Badr dari Ampec dalam tazkirahnya sempena dengan Gathering Raya Ampec Sabtu lepas...sungguh bermakna perkongsian itu...

Thursday, August 12, 2010

[ N.I.K.M.A.T ]

 [gambar hiasan]

Begitu bahagia dapat dirasai,
Jika kita masih ada peluang untuk hidup di dunia ini,
Menikmati segala kurniaan Tuhan yang Maha Pemurah,
Rezeki bercurah-curah kita terima,
Tapi dengan hanya jika kita mematuhi suruhannya,

Begitu bertuah aku merasai,
Ada juga teman-teman,junior-junior dan sahabat-sahabat yang masih sudi temani,
Menikmati juadah berbuka puasa sebentar tadi,
Bersepah-sepah makanan di meja sebelum berbuka,
Tapi habis sekelip mata selepas azan,
Bersyukurlah habis juga makanan itu supaya tidak kita membazir,

Begitu ceria semua rasai,
Ada yang bercakap ada yang gelak ketawa,
Menikmati suasana indah kita bersama,
Berkecoh-kecoh tidak habis si puteri berceloteh,
Balas-membalas pula yang ada,
Akhirnya aku juga kena sekali...

Hahahaha...itulah nikmat sebenarnya,
Hargailah waktu itu kerana bukan selalu ada,
Selamat Berpuasa kesemua,
Jumpa lagi kalau diberi peluang dan masa.

p/s: berpadah-padah kita berbelanja,jangan pula kita membazir!!!

Sunday, August 8, 2010

[ Selamat Tinggal Sahabatku]


[arwah dari kiri pertama]

Sesungguhnya semua yang berlaku itu takdir Tuhan,
Baru saja terima berita tentang pemergianmu,
Diriku tidak dapat menerima hakikat ini,
Sedangkan baru saja kita bersama menjalankan aktiviti,
Walaubagaimanapun itu sudah menjadi kenyataan,
Pemergianmu perlu diterima,
Wahai sahabatku,
Aku tidak dapat ingin berkata apa-apa,
Melihat ke arah jenazah arwah,
Sebak di hati, sedih sangat dirasai,
Tidak tahan lagi air mataku mengalir tidak berhenti,
Namun dalam ingatan ku masih segar dengan senyumanmu bila menegur diriku setiap kali kita jumpa,
Tiada lagi peluang untuk aku melihat semua ini,
kerana arwah telah meninggalkan kita semua,
Selamat tinggal sahabatku,
Salam takziah buat kesemua ahli keluarga arwah,
Semoga arwah dapat pergi dengan tenang dan diletakkan bersama orang-orang beriman dan soleh.

Saturday, August 7, 2010

[ ReTrO GlAmOuR NiTe] [ BeE uMp 07/08 & 08/09] part II

Just for sharing some photo here... :p

[Dato K & me]

[faiz & me]

[jaja & me]

[asif & arm & radzi & me]

[abu & me]

[shak & me]

[emy & me]

[ani & me]

[wana & me]

[abu lg & me]

Others will coming soon... =]

[ ReTrO GlAmOuR NiTe] [ BeE uMp 07/08 & 08/09]

[ ReTrO GlAmOuR NiTe] [ BeE uMp 07/08 & 08/09]

[boys & gals sec 3]

Salam bahagia buat semua rakan2..sesungguhnya persahabatan itu bukan senang untuk dikekalkan selama-lamanya..namun ketika bersama itulah yang bakal dijadikan detik2 kenangan semua bila masing2 sudah pun berjaya dan berkerjaya di merata tempat nnt...harga persahabatan itu besar nilainya sehingga tidak mampu pun digantikan dengan kata-kata...

[guys sec 3]

Saya bersyukur selama hampir 4tahun berada dalam uMp ini dapat mengenali ramai sahabat2 atau rakan2 yang sentiasa bersama utk mengharungi semua yg berlaku dlm universiti ini..terutamanya classmate2 course BEE semua..usaha drpd bbrpe org rakan akhirnya berjaya jgk kita anjurkan majlis dinner bersama sebelum kita bergraduate pada satu ketika nnt pd tahun dpn...


Walaupun majlis yg berlangsung hanya mengambil masa bbrpa jam saja..namun kenangan dalam majlis itu bakal kita teringat2 jgk pada masa akn dtg...besar maknanya majlis dinner kita sebenarnya..semuanya enjoy berseronok...menghargai persahabatan itulah yang paling penting sebenarnya..

[yeah.......padan muke]

Apa yang diharap bukan majlis ini sebagai penutup utk kita malah majlis ini sbg permulaan spya kita dpt lg menganjurkn majlis sebegini pada masa2 akn dtg...reunion itu penting...hrp dpt kita lakukn nnt..

[dikelilingi dgn aweks2 coursemate]

Semoga semua sahabat2 akan graduate dengan jayanya pada tahun dpn...selamat berkerjaya sebagai seorg engineer...semoga bahagia..skg pon dh ramai yg berkapel...bla dh nk kawen..jgn la lupe jemputnyer.. =] semoga bahagia semua...persahabatan mu sekalian dikenang... =)