Saturday, November 6, 2010

@ sTuDy @

@ sTuDy @

[ Inikah gaya org study.. hu3 ]

Hari makin dekat...debaran makin kencang... =]
Kini bukan saja adik-adik di sek yg bakal hadapi SPM yg ada prsn bgini...
Malah..kami yg berada di universiti ni pon sama jgk... :)

Anyway...focus in study...gudluck & all the best untuk semua...

Friday, November 5, 2010

# syukur #

# syukur #


Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku dikurniakan semangat yang ada untuk membantu...

Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku diberikan kekuatan yang ada untuk menasihat...

Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku dibekalkan akal fikiran yang rasional untuk menegur...

Diri ku bukanlah sempurna...
Namun ku bersyukur...
Sebab ku dianugerahkan segala-gala itu untuk memperjuangkan suatu..

Suatu itu yang dimaksudkan adalah memberi sedikit cahaya kepada adik-adik yang pernah menjalani program motivasi bersama aku selama aku menceburi dalam dunia motivasi ini...

Diri ku cukur bersyukur kerana walaupun berlainan agama dan bangsa...adik-adik semua masih percaya dan tetap mencari diriku ini selepas program demi memberi suntikan semangat kepada mereka...

Diri ku amat bersyukur...diriku ini jugalah yang dicari bila adik-adik ini buntu...hilang tumpuan..hilang arah..keliru..risau..takut... untuk mendapatkan khidmat nasihat...untuk menyuntik semangat tambahan kepada mereka untuk terus berjuang dalan perjalanan pelajaran mereka...

Sering kali diriku menerima mesej dalam facebook..dalam sms..drpd adik-adik ini..kdg kala diriku juga kesian dan risau dengan situasi mereka...nama apa daya diriku ini..setakat mampu untuk menaikkan semangat mereka hanya dgn kata-kata yang xseberapa...

Semoga adik-adik ini dapat berjaya dalam pelajaran mereka...semoga juga diriku ini masih mampu lagi diberikan kekuatan untuk memperjuangkan dalam bidang motivasi untuk membantu mereka yang perlukannya... =]

Nukilan : 6/11/2010 1.30am

Thursday, November 4, 2010

[= Kali terakhir =]

[= Kali terakhir =]

Inilah kali terakhir final exam aku untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda di uMp...

8/11/2010

BEE4413 DIGITAL SIGNAL PROCESSING

11/11/2010

BEE 4253 COMPUTER VISION SYSTEMS

22/11/2010


BEE 4393 AUTOMATION & ROBOTICS

29@30/11/2010

PRESENTATION PSM


Tinggal lagi xsampai sebulan masanya aku berada di uMp ini...perlulah aku lakukan banyak perkara buat kali terakhir ini...

Selain daripada akademik aku ini...kepada kesemua kenalan..adik2..junior2...lps ini masing-masing ada jalan tersendiri...jika bertemu lagi dikira takdir..jika tidak ditemukan lagi perlulah ada hubungan keep in touch...

Walaubagaimanapun, tetap perlu aku untuk tinggalkan kata-kata terakhir ini untuk semua..Bukan pesanan tapi sekadar ucapan sebelum berpisah...

Aku disini mendoakan kesemua kenalan2..adik2...junior2... Semoga berjaya dalam dunia dan akhirat..semoga berjaya dalam bidang yg diceburi..semoga bahagia disamping org yg tersyg..

Semoga panjang umur murah rezeki...semoga kenalan kita berkekalan..semoga salah silap aku selama ini dimaafkan tak secara sengaja @ tidak... Semoga pertemuan kita disini membawa seribu makna dan erti..

Semoga ucapan ini dpt sampai kpd semua yang mengenali diri... sebelum ku pergi...

Nukilan : 4/11/2010 4.32pm

Wednesday, November 3, 2010

{ bUkaN yAnG tErBaiK uNtUk mU }

{ bUkaN yAnG tErBaiK uNtUk mU }


Rupanya diriku ini bukanlah yang terbaik untuk mu....
Ku ditemukan dgn mu dlm keadaan tidak sengaja..
Ingat lg ketika itu, mu tgur ku...
Ku xsangka perkenalan kita bermula dengan teguran mu...
Kemudian kita makin kenal makin rapat...
Walaupun kita kenal sb de malsah timbul...
Mungkin itulah takdir Tuhan untuk kita ketemu disini...
Ku cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik...
Memberi bila perlu...
Tapi disaat-saat akhir inilah...
Baru ku sedar......
Rupanya diriku ini bukanlah yang terbaik untuk mu....
Bukan ku ingin mu menghargai ku...
Tapi hanya ingin mu sampaian khabar mu...
Mu tidak seperti dulu...
Mu dah mula berubah...
Mu kdg-kala juga cuba menyembunyi sesuatu daripada ku...
Bukan lagi ku dijadikan tempat luahan...
Bukan lagi ku dijadikan tempat kongsian...
Bukan lagi la ku dijadikan panduan...
Ku menerima semua itu dengan sebaiknya...
Ku menerima semua itu dengan hati terbuka...
Ku menerima semua itu kerana ku tahu itu lah yg terbaik untuk mu...
Rupanya diriku ini bukan lagi yang terbaik untuk mu....
Semoga mu dapat mengharungi hidup mu dengan tabah...
Sesungguhnya hidup kita semuanya de cabaran...
Beranikan diri untuk mengejar kejayaan,kebahagiaan dan keinginan...
Doa dari ku tidak akan terhenti hingga akhir waktu...
 Kecuali ku telah tiada lagi disini...

Nukilan : 4/11/2011 4.13am

Tuesday, November 2, 2010

[~Tolong Ingatkan Ku~]

[~Tolong Ingatkan Ku~]

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terlupa,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku tersalah,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terpesong,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terasa,

Tolong Ingatkan Ku,
Jika Ku terkena,

Tapi, malangnya...tiada siapa yang benar-benar ikhlas disisi untuk tolong ingatkan ku.......