Saturday, April 10, 2010

[ Ilham di waktu pagi ]

Salam sejahtera dan salam bahagia,

[ keindahan waktu pagi ]

Selepas selesai J menyiapkan slide untuk ceramah yang bakal J berikan kepada peserta Kem Kepimpinan Jati Diri Pelajar di Kedah minggu depan yang bertajuk Kepimpinan Pelajar, ilham datang secara tiba-tiba pada waktu pagi ini menyebabkan terasa hati untuk J menukir sesuatu dalam catatan "Meaning Of Life" ini.

Sebelum bermula membuat slide itu, lama J cuma fikir bagaimanakah ingin J bawakan ceramah itu kepapa adik-adik disana kerana perkataan kepimpinan banyak tafsirannya..banyak gaya kepimpinannya dan jugak banyak pendekatannya. Lain orang lain cara..ini semua orang memahami namun itu tidak bererti lain cara yang kita gunakan itu boleh mengikut perasaan kita saja..Perlulah kita memikirkan apakah kesan kedapa persekitan apabila suatu tindak kita atau suatu kenyataan yang dikeluarkan.

J sentiasa mengingatkan diri supaya berhemah dalam bertutur dan mengeluarkan sebarang kenyataansupaya tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak yang akhirnya akan membawa fitnah semata-mata. Dalam perjalanan perjuangan J dalam istilah kepimpinan agak berlainan. J tidak pentingkan jawatan..pangkat mahupun kuasa kerana J percaya semua orang adalah pemimpin termasuklah diri J. Tapi itu juga perlu lihat kepada bagaimanakah kita ingin mencorakkan gaya kepimpinan kita.

Secara terus terang, J bukanlah jenis yang ingin mewar-warkan kepada seluruh masyarakat bahawa apa yang telah J lakukan..apa yang telah J memperjuangkan..Namun setakat diri sendiri dan juga Tuhan yang Maha Kuasa yang tahu sudah mencukupi. J  sudah cukup banyak melihat macam-macam perangai pemimpin dalam universiti ini. Pegangan J cukup mudah, J tidak akan peduli siapakah anda..tidak kira pemimpin itu rakan kita pentadbir kita ataupun apa-apa, jika bagi J ada kekurangannya atau keterlaluannya maka tetap akan J membidas tidak kira siapa dan waktu.

Sekadar perkongsian atau bermuhasabah diri, sebagai seseorang pemimpin jangan sekadar pandai berhujah walaupun dalam hujah itu penuh dengan fakta. Bagi J berhujah yang penuh dengan fakta adalah mudah dan semua dapat lakukan tapi moleknya jika dalam sebarang isu yang ingin kita bangkitkan kita sertakan juga saranan ataupun cadangan daripada pihak kita. Barulah dikira sebagai pemimpin berilmu..berintelektual dan juga matang. Namun bukan hanya pandai melontarkan segala-galanya termasuklah perasaan sendiri yang bakal membawa padah.

Manusia ini memang ramai yang pandai bercakap tapi berhati-hatilah dalam percakapan kita. Terlanjur kata buruk padahnya, ingat rakan-rakan J sekalian. J cukup benci terhadap segolongan pemimpin yang hanya pandai mempersoalkan kenapa ini-ini yang dianjurkan kenapa pula yang lebih berintelektual tidak dianjurkan ataupun banyak kekangan untuk dianjurkan? J rasa orang yang mempersoalkan perkara memang cukup naif kerana jika anda rasa perlukan yang intelektual untuk dianjurkan kenapa anda sebagai pemimpin tidak mengambil tanggungjawab untuk menganjurkannya untuk memurnikan masyarakat di universiti ini?? 

J dapat mengungkapkan sebahagian yang berlaku kini dengan 3 ungkap kata dibawah, sama-sama kita menghayatilah....

"Manusia diberi akal utk berfikir,diberi kebijaksanaan atas kurniaan Tuhan,malangnya manusia suka menggunakan akal utk berfikir yg negatif...suka menggunakan kebijaksanaannya utk memanipulasikan fakta dan kebenaran " pelik-pelik... Rakan-rakan sama2 bermuhasabahkan diri la..Jgn ingat awak itu pndai sgt..INGAT bila2 masa kbijaksanaan akan ditarik balik..

"Apabila seseorg manusia mula berfikir scara negatif & pemikiran sempit, maka semua yg dia lihat semuanya buruk tiada yg akan de yg baik.." Sedih dan meluat tgk ada yg suke membuat provokasi dan sengaja mengelirukan keadaan..menambahkn lagi kekeliruan semua org..jgn cuba menggunakn pengaruh yg ada utk membuat kecoh..al...angkah btol2 taat kpd agamanya..knp pembuatan keji ini jugk yg dilakukn?

"Manuisa menjadi bodoh apabila berfikiran sempit dan suka mengaitkan segala hal berlaku dgn 1 perkara..cuba anda fikir2kan la..Jika anda ini sebagai pemimpin mahasiswa, segala statement yg dikeluarkn disertakan dgn unsur perli bagi saya itu juga bukan kelakuan yg INTELEKTUAL namun hanya akan mencerminkan yg anda itu belum MATANG masih bersifat kanak-kanak saja"


p/s: segala yang dilontarkan disini hanya sebagai perkongsian dan rujukan kepada siapa-siapa yang mempunyai pemikiran yang waras dan rasional.JIka anda terasa hati..Tahniah diucapkan kerana anda adalah golongan pemimpin yang..........

 

Saturday, March 27, 2010

[ Why the human life is too short??? ]

Good day,

Suddenly i dont know what is the reason i start to talk in english with everyone include my roomate..althought its is mixed with bahasa also...althought i realize my english is broken english but i dont mind...

Suddenly when this afternoon i wake up..I got some feeling that i must be feel sorry to God that what i had done for this 22 years time...I need to do the good things...

Is it the signal that given to me that my life at here is no longer..it will finish it in a short time...I start to feel scare... Or i will lost someone that i love i care about it in the short time... i hope that will not be true..

I dont want to lose myself here...dont want to lose my family members...dont want to lose my friends too...I have not ready yet.. Oh my god..pls help me... I pray for you...

I have not ready yet for it that will happen to me...I was cry when i thinks all of this things....what should i do??

God pls help me...I dont want the same feeling like 5 years ago.... Pls................................ :(

Suddently my dad is calling me when i am write this blog..... I really shock... what actually the planning of the God... I am crying when talking to my parent..but i try to not  do that because i dont want them to know it...I dont want them to worry about me...

Oh my god...pls...dont take anyone from me that i know in my life....pls.......no..............

Pls..... dun............................do it my God....

Wednesday, March 24, 2010

[ Renung-renungkan]

 Dalam kita mengharungi setiap cabaran pada setiap hari,tatkala kita perlu bermuhasabah diri.

Mari kita sama-sama renungkan ayat yang penuh dengan makna ini.....

Ambillah waktu untuk berfikir,
   Itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk berdoa,
   Itu adalah sumber ketenangan.
 
Ambillah waktu untuk belajar,
   Itu adalah sumber kebijaksanaan.
 
Ambillah waktu untuk bersahabat,
   Itu adalah jalan menuju kebahagian.

Ambillah waktu untuk memberi,
   Itu membuatkan hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja,
   Itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal,
   Itu adalah kunci menuju syurga.

Petikan daripada website

Saturday, March 13, 2010

[Tawar Hati]

Salam bahagia buat semua....

Sudah sekian lama J tidak mengemaskini blog ini atas kesibukan harian dan juga tiada feeling itu untuk mencoret sesuatu disini.Namun mlm ni dtgnyer prsn TAWAR HATI ini suka J menulis sesuatu disini demi meluahkan persaan ataupun sekadar rujukan diri supaya kita dapat sentiasa muhasabah diri demi memperbaiki diri kita yang sememangnya penuh dengan kelemahan diri.

Sudah hampir sebulan berlalu..dalam sebulan ini banyak perkara berlaku..banyak program J hadiri..J sertai ataupun J perhatikan..J bukannya seorg yg hebat mana..bukannya seorg yg inginkan populariti..namun setiap tindakan setiap percakapan J bukan hanya ingin memuaskan hati dan nafsu diri tp seboleh-bolehnya ia dpt membawa kebaikan kepada semua orang.

Namun,J amat kecewa dalam sepanjang pemerhatian J terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa kini. J bukan seorang pemimpin yang baik,J masih ada ruang lagi untuk memperbaiki diri namun J perlu memberi teguran kepada mana2 pemimpin sekali pun untuk mengingatkan mereka. Maklumlah manusia kan mudah lupa atau dirinya tidak sedar pon ttg sesuatu perkara.

J rasa tawar hati..dalam pelbagai perkara...tidak kira dalam hubungan sebagai sahabat..sebagai rakan..mahupun sebagai kawan baik ataupun pe2 saja...kita perlu rasional..kita perlu sedar..jika hari ini kita dapat capai suatu tahap yg tinggi itu bukan dtg sejak kita dilahirkan malah kita juga mendapat ajaran dan teguran drpd org yg lagi hebat drpd kite..maka bukankah sepatutnya kita yag sudah capai tahap itu kini perlu menyumbang semula kepada adik2 yang baru belajar.

J tidak sesekali nk kata J ini bagus sgt..namun J sedar..J perlu untuk mengambil inisiatif sendiri untuk memberi sedikti nasihat kpd mereka..J tahu semestinya ada pihak yang sentiasa mempertikaikan siapa J ini??kenapa J ini perlu sentiasa nyibuk2 ttg pe2 saja yg berlaku?? Kenapa J perlu berada di mana-mana saja yg ada perkara berlaku??

Namun, J hanya akan jawab J bukanlah siapa-siapa..J hanyalah seorg mahasiswa biasa yang ingin mendapatkan ilmu disini..mendapatkan campus experience sebanyak yg boleh demi memajukan diri sendiri..dan J harap apa yang J dapat ini dapat J berkongsi dengan semua. J tidak akan kedekot ilmu kerana itulah ajaran seorg cikgu J dulu...pernah dia sebut jika kita kedekut duet tidak masih ok lagi tp jgn sekali-kali kita kedekut ilmu....maka J suka kongsi semua yg J tahu dengan semua. J bukan ingin mencapup..J bukan ingin hipokrit disini..namun semuanya ikhlas dari hati J..

Panjnag lebar J meleter disini..J pun xtaw kenapa..namun saranan J kepada semua..tunaikanlah tanggungjawab kita sbg seorg manusia yg rasional bukn hnya ingin pentingkn diri sendiri..


Thursday, February 11, 2010

Wish

Ucapan ikhlas daripada J :


Happy Chinese New Year !!!

Happy Holidays !!!

p/s: Enjoy your holidays to all my friends...........