Saturday, January 23, 2010

Tidak erti nak kata apa-apa...

Salam bahagia untuk semua,

Hari ini seluruh rakyat jelata negeri johor berasa sedih kerana telah kehilangan seorang Raja yang begitu prihatin dengan rakyatnya.Maka, marilah kita sama-sama mendoakan segala yang baik untuk seluruh kerabat diraja negeri johor.

Namun,untuk entry kali ini bukannya ingin J berkongsi dengan anda semua tapi ada perkongsian lain yang ingin J menukil di sini.Baru saja J balik daripada cafe..hampir 2jam J berada di cafe, lama tu..sudah sekian lama J tidak melepak bagitu lama di cafe walaupon bukannya ada perbincangan apa-apa. Tapi, tadi J tertarik dengan cerita yang disiarkan dalam TV3 tadi...

J tak tahu nama cerite itu tapi ringkasan perjalanan ceritanya berkaitan dengan seorg gadis yang hidup disengsara kerana didera dengan ayah tirinya termasuklah abang tirinya yang menyebabkan gadis ini sedih dan menangis setiap hari dan sering ponteng sekolah kerana dipaksa membantu menjual kuih demi mencari rezeki untuk keluarga.Gadis ini terselamat apabila munculnya kaunselor baru di sekolah yang memberi khidmat nasihat kepadanya sehinggalah dia mampu berubah walaupun susah hidupnya tapi dia nak berjaya dan dia terus tekun belajar sehingga dapat keputusan cemerlang.

Walaupun cerita ini hanyalah cerita yang biasa dan banyak-banyak hasil drama malaysia memang mcm tu lagi dari dulu tapi yang menjadi tarikan hati saya untuk terus duduk disitu untuk abeskan cerita ini adalah situasi yang dihadpi gadis ini menyebabkan J terfikir terhadap seseorang.

Ingat lagi tak dalam entry sebelom ini,pernah J sebut tentang seorg junior J yang mempunyai masalah tapi masa itu dia tak ingin berkongsi masalahnya. Tapi lepas itu junior J itu telah pun berkongsi masalahnya dengan J secara peribadi...masa itu J terfikir tentang dia bkan disbkan masalah mereka sama tapi yg jadi samanya hidup mereka sama susah dan tersepit di dalam situasi-situasi tertentu sehingga perlu korbankn pelajaran pada asalnya.Tapi, J agak sedih sb junior itu berkemungkinan tidak mampu sama dengan gadis itu di akhir ceritanya yang cemerlang dalam pelajarannya dan terus sambung belajar.

J xmampu untuk mengubah keputusannya namun J amat berharap dia dapat berfikir semula tentang keputusannya.Peluang belajar itu bukan semua orang dapat..J sentiasa berharapkan yang terbaik untuk dia...semoga dia dapat membuat keputusan yang terbaik untuk hidup dia sendiri.

J sudah tidak erti nak kata apa-apa ...................................................................

Thursday, January 21, 2010

PILIHANRAYA KAMPUS UMP

PILIHANRAYA KAMPUS UMP

SITUASI SEKARANG

1. Sudah bermula untuk mendaftar sebagai calon dalam sistem e-community ump.
Persoalan: Kenapa pihak tertentu nak mengehadkan waktu berdaftar kepada hingga sebelum pukul 5ptg ini saja???
Pertikaian: Sedangkan dalam peraturan yang dikeluarkan semua pelajar yang layak boleh mendaftar sebagai calon sehingga hari AHAD ini sebelum penamaan calon diumumkan.

PELIK....mmg PELIK..... Apa motifnya????????


2. Pilihanraya kampus adalah terbuka kepada semua pelajar ump.
Persoalan : Kenapa perlukan caturan ataupun sengaja mengaturkan orang-orang yang satu spesis dengannya untuk bertanding dan cuba untuk mengeluarkan orang lain??
Pertikaian : Jika individu itu orang yang baik ikut sepenuh ajaran agamanya...knpa lakukan perbuatan KEJI ini?? Dimana DEMOKRASI??

KALAU BERANI BERTANDING DENGAN TERBUKA DAN TELUS...

PELIK......mmg PELIK.... APA MOTIFNYA PULA???

3. Kenapa pemimpin yang sedia ada pemikirannya begitu sempit??
Persoalan : Pemimpin itu ada apa HAK untuk mengaturkan pelajar yang bakal bertanding?
Pertikaian : BUkankah itu dah dikatakan SALAHGUNA KUASA??mentang2 dia ingat dia pemimpin...Jgn masuk campur..laksanakan kerja sendiri sudah...

PELIK......mmg PELIK.... APA LAGI MOTIFNYA ???

Pandangan individu :

Saya secara individunya merasakan sangat-sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku.Malah bukan saja kecewa namun sedih lagi kerana semua ini berlaku dengan jelas nampak sangat ada pihak tertentu cuba membawa budaya politik luar ke dalam kampus ini.Mungkin ada pihak mempersoalkan kenapa hanya berani bersuara disini tapi tak berani ambil tindakn.Jawapan saya : saya pun telah mengambil tindakan yang sepatutnya tapi tiada hasil. Semoga PRK yang TELUS bakal dijalankan tapi bukan ATURAN yang KEJI itu berlaku.

Wednesday, January 6, 2010

[ No title ]

Salam bahagia,semoga semua sentiasa sihat dan bahagia.


Masa itu emas.Masa berlalu begitu cepat tanpa menunggu siapa-siapa jua...tanpa meninggalkan apa-apa kesan kepantasan masa itu berlalu..dalam sekelip mata sudah pun seminggu berlalu dalam tahun baru ini..Orang kata tahun baru azam baru...Persoalannya kenapa kita perlu tunggu hingga tahun baru baru nak ada azam baru??


Inilah sikap manusia..apabila seseorang manusia tidak erti menghargai masa maka masa itulah disia-siakan begitu saja..Banyak perkara yang telah J tempuhi dalam beberapa bulan ini sebelum kita masuk ke tahun baru..Banyak yang mengajar erti kehidupan J sememangnya membantu J dalam mengerja erti sebenar hidup ini..


Namun J tetap merasai..J is nothing in this real life..J menghargai mana-mana kawan yang masih mengingati J..yang masih keep in touch dengan J..J amat terharu..Itulah erti kesahabatan..Dalam pengalaman hidup J..J dapat rasa erti persahabatan ini apabila kita sendiri dalam kesusahan..jelas dapat kita lihat betapa buruknya sikap manusia ini apabila perlukan kita beru dekati..bila dalam susah cepat-cepat jauhi kita..Redha jer...


J bersyukur telah diberi peluang untuk menjelajah bebrapa negara lain seperti Thailand..Singapore dan juga Mesir..Semua ini banyak mengajar J..Apa yang dapat J ungkapkan disini..apabila kita pergi lihat negara lain..baru kita akan rasa betapa kerdilnya diriku ini..padahal memang ramai yang rasa dirinya hebat..apahal hanya jaguh kampung semata-mata..Kadang-kala J rasa nak tergelak pun ada..Kenapa?

J melihat gelagat remaja Malaysia memang kelakar..pemakaian bukan main "kreatif"..tapi tak kena tempat..Pemcemaran budaya amat tenat dan dirasai di Malaysia..tengoklah anak-anak muda zaman sekarang..jantan xmcm jantan..jantina pun dah susah nak dikenal pasti..Kes-kes sosial plak xpayah nak kata..Kes mat rempit itu biasa..tgk la orang lain..Thailand pon xdak mat rempit la..hahaha


Ayuhai anak-anak Malaysiaku...sedarlah dirimu..jangan fikir diri kita ini sudah hebat..sentiasa fikir sehebat mana kita pun masih ada lagi yang jauh lebih hebat daripada kita supaya kita tidak akan terus leka..malah memajukan diri sendiri lagi..


Apa yang J mampu lakukan..J hanya mampu membantu manusia yang erti insaf..yang erti bersyukur dengan apa yang ada..seperti J ceritakan dalam entry yang lepas..J bersyukur sebab J akhirnya dapat juga membantu junior itu untuk menenangkan fikirannya..J akan cuba sedaya upaya untuk membantu jika selagi  J mampu..J bukan inginkan pujian ataupun apa-apa..namun semua ini ikhlas daripada hati J..J tidak kisah apa orang nak kata..janji apa yang J lakukan adalah betul dari segi agama J sendiri...


Kadang-kadang J buntu...buntu dalam kehidupan..buntu dalam pelajaran..buntu dalam hubungan percintaan..siapakah yang dapat membantu J?? jawapannya susah untuk diberikan...


p/s: J tak tahu kenapa tetiba J menulis semua-semua yang diatas ini..semuanya tanpa dirancang..apa yang difikir waktu ini itulah yang ditulisnya..

Thursday, December 31, 2009

[2.0.1.0] lain ertinya

Sudah lama J xdapat nk update blog ini disebabkan kesibukan program lawatan ke Singapore pada 14&15 Dec dengan Egypt pada 19-30dec ini..

Happy New Year ! Happy 2010!

Namun,dalam hari pertama tahun baru 2010 ini semua orang dalam mood ceria dan gembira walaupun umur dah bertambah 1 lagi..ucapan sms tidak berhenti untuk hantar kepada kawan-kawan..semoga semua kawan-kawan gembira kita sudah ke tahun baru..

Tahun baru ini agak berbeza bagi diri J..perasaan J bercampur-campur selepas keluar makan malam dan minum bersama PZ dan jgak dik khaliq..J masih tercari-cari kenapa J ada perasaan ini..rupanya itu adalah signal keburukan kepada J..J bakal menghadapi suasana kurang selesa di sekeliling J...

Mood untuk sms sudah hilang..mood untuk meraihkan tahun baru sudah tiada..sepatutnya J gembira seperti kawan-kawan lain..Sebenarnya J jgak plan untuk berkongsi seribu satu jenis pengalaman semasa lawatan ke luar negara di sini akhirnya tidak kesampaian..

J sempat berchatting dengan seorang junior J..sblm ini dia pernah bgtau masalahnya semasa J masih di Mesir..namun kini masalah dia bertambah besar namun yang menyedihkan J dia kini belum bersedia untuk berkongsi dengan J lagi..J xmampu buat apa-apa untuk tolong dia..lama J cuba pujuk dia dan nasihatkan dia..namun itu hak dia..J akhirnya mengalah dan tidak terus memaksa dia..J berharap dia dapat membuat keputusan rasional skg..J sedih sb tidak mampu membantu apa-apa walaupun J tau dia ada masalah..

Mood J terus merundum mendadak selepas berchatting dengan dia sekian lama..J rasa sgt lain..tiba-tiba J mendapat berita drpd PZ yg kawan J AZIM ayah dia bru meninggal dunia bru xlama masuk ke tahun baru ini..sedih..apakah perasaan kawan J kini..J xdpt bayangkan kalau hal ini berlaku pada diri J..sb J xdpt blik ke umah langsung dalam cuti kali ini..J xnak pikirkan..

Bsk J bersama PZ akan menziarahi jenazah ayahnya sebelum dikebumikan...semua-semua ini adalah takdir Tuhan..tapi kenapa semuanya berlaku pada hari yang sama..pada hari pertama tahun baru ini..bukankah 2010 telah menjadi tahun yang kurang selesa sudah skg..

Bagaikan semua yang berlaku ini ingin memberi sedikit isyarat kepada J..J bakal menghadapi perlbagai dugaan dan rintangan dalam tahun ini..J hanya akan redha dan bersyukur selalu..pegangan J tetap sama..J percaya semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya..

J berharap tiada lagi berita buruk yang bakal J terima dalam saat-saat terdekat ini..J xdapat nk melelapkan mata ini walaupun badan J sebenarnya sgt letih..J jgak berharap kawan J itu dpt byk bersabo..J ucapkan Tahziah..mgkn Tuhan lebih menyayangi dia..

Untuk junior J plak..J berharap dia dapat ingat apa yang telah J pesan kepadanya..J amat harapkan..mgkn ada orang rasa J menyibuk..tp bg J bukan..J lah orang dia luahkan masalahnya bermakna dia percaya pada J..J doakan spya dia dpt hadapi dugaan ini dengan tenang dan penuh rasional..

apakah erti 2.0.1.0 untuk anda semua plak??

Friday, December 11, 2009

[ cOmpLiCaTeD]

Salam bahagia dan selamat bercuti untuk semua rakan-rakan setia blog J....

Manusia yang dilahirkan ke dunia nyata ini cukup complicated... tidak kira la dari sedi biologicalnya.. pemikirannya.. kelakuannya.. perangainya... semua-semua susah diduga dan diteka... Lain orang lain cara.. namun kalo cara itu kena tak pa,.. malangnya manusia ini sentiasa tidak sedar caranya adalah tidak kena dengan dirinya ataupun untuk orang disekelilingnya...

Kini, semua pelajar yang menuntut di IPTA sedang cuti sehinggalah 28 dec sejak 20 Nov lagi..tapi bagi J cuti semester kali ini bagaikan tidak cuti sebenarnya..walaupun sudah biasa tapi kali ini lain dengan sebelum ini sebab kali ni cuti J langsung tidak berkesempatan balik ke rumah...

Habis saja final exam...semua pendebat uMp telah mula berkampungdi uMp sendiri untuk latihan intensif demi Pertandingan Debat Piala Diraja 2009 pada 3-8 dec... Maka, sepanjang 2mggu itu J tidak dapat pulang kerana ingin fokus kepada latihan...Sehinggalah abisnya pertandingan ini..walaupun pencapaian kali ini masih kurang membanggakan namun yang menjadi kejutan pasukan debat bahasa arab kategori B uMp dinobatkan sebagai Johan kali ini... Tahniah, buat adik-adik debat ini...

Cuti hanya tinggal 3 minggu lagi... sememangnya akan ada 2 minggu yang perlu ada di uMp untuk program...J bercadang untuk pulang ke umah untuk seminggu tapi akhirnya tidak kesampaian..J redha jer.. seperti J selalu sebut...semua yang diatur oleh Tuhan ada hikmah disebaliknya untuk kita...

J terima hikmah ini serta merta... Satu cabaran besar menduga diri J ini.. cabaran ini bakal menguji tahap kematangan pemikiran J..tahap kecekapan pengurusan masa dan kerja J...tahap ketahanan mental J... mmg J rasa diuji kali ini...J akan berkongsi dengan kalian selepas ini kerana cabaran ini baru bermula maka belum lagi masa untuk bercerita disini,...

Namun begitu, J menerima dengan seadanya.. Secara tiba-tiba PZ menyoal J..apakah pegang kunci kejayaan hidup J.. bagi J dalam hidup di dunia ini yang perlu kita menghadapi mnusia yang complicated..persekitaran yang complicated...maka J sentiasa ingin mencabar diri sendiri untuk melakukan apa saja yang orang lain tidak berani lakukan kerana tidak yakin...supaya J dapat mencari keyakinan diri untuk menghadapi perkara yang lebih besar lagi pada masa hadapan...

J telah membuktikan kepada diri J hanya perlu yakin...apa saja halangan semua J dapat atasi..dan J sentiasa ingat kepada diri sendiri jangan pedulikan apa persepsi atau kata org lain.. manusia ini biasa la..perasaan hasad dengki sentiasa wujud..apabila kita ingin mencuba sesuatu yang baik..semestinya mereka akan memijak kita dulu..sebab tak nak kita lebih daripada mereka..

Manusia....manusia...kelemahan pada setiap orang mmg wujud...namun kenapa tidak kita mengubah kelemahan kita supaya jadi kekuatan kepada kita...

Bersambung..............